Penyanyi Ernie Zakri memberi bayangan bahawa dia bakal merakam lagu bersama penyanyi terkenal dari Indonesia tidak lama lagi.
Artikel Berkaitan: ‘Apa Salah Anak Saya?’ – Ernie Zakri Letak Had, Terkilan Khawla Terima Komen Negatif Netizen
Artikel Berkaitan: Lagu ‘Masing-Masing’ Nyanyian Ernie Zakri & Ade Govinda Bolos Tiga Kategori Di SCTV Music Awards
Lagu dengan Raisa?
Menerusi satu temu bual, pemilik nama sebenar Nur Ernie Shahirah Zakri berharap hasratnya itu akan tercapai pada tahun hadapan sekali gus dapat menghadiahkan satu lagi buah tangan baharu buat peminat Malaysia dan Indonesia.
Ada beberapa penyanyi wanita di sana (Indonesia) yang kami berdua sama-sama berminat untuk buat satu kolabrasi. Doakan semoga tahun hadapan menjadi satu tahu yang baik untuk saya.
Nak sebut pun malu, tetapi salah satu nama yang ingin saya kolabrasi adalah Raisa. Dia adalah idol nombor satu saya.
Ramai lagi, Tiara Ardini, Mahalani, Afgan, Judika dan ramai lagi.
Dalam pada itu, Ernie meluahkan rasa syukur apabila lagu nyanyiannya berjudul Masing-Masing hasil ciptaan komposer tekenal Indonesia iaitu Ade Govinda dan Nabila V mendapat tempat di hati peminat negara itu.
Ramai peminat Indonesia yang memberi perhatian pada lagu Masing-Masing. Lagu ini memang satu rezeki untuk saya.
Permulaan yang baik untuk saya lebih dikenali di Indonesia. Malah ada juga kelab peminat yang baru ditubuhkan. Saya sangat gembira, walaupun tidak ramai tetapi itu merupakan satu petanda yang baik.
Terdahulu, Ernie meluahkan rasa syukur apabila menerima penghormatan daripada Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) selepas kejayaan membanggakan di Indonesia.
Sebelum ini, lagu Masing-Masing berjaya tercalon dalam acara berprestij, SCTV Music Awards anjuran stesen televisyen (TV) di Indonesia menerusi tiga kategori.
Tiga kategori itu adalah Kolaborasi Paling Ngetop, Video Klip Paling Ngetop dan Lagu Pop Paling Ngetop.