

Pasangan penyanyi Ernie Zakri dan Syamel memilih untuk mengenakan busana tradisional dengan warna sedondon sempena Hari Raya.
Artikel Berkaitan: Ernie Zakri Dedah Syamel Terap Cara Rasulullah Kawal Kemarahan Isteri – ‘Pada Dia, Beralah Itu Adalah Satu Kemenangan’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ernie Zakri Ada Perancangan Tambah Anak, Khawla Siap Tanya – ‘Nak Baby Kecil Boleh?’
Persiapan raya

Ketika ditemui OhBulan!, Ernie atau nama lengkapnya Nur Ernie Shahirah Zakri, 33, berkongsi tentang persiapan keluarga kecil mereka untuk menyambut Syawal pada tahun ini.
Persiapan raya sama sahaja seperti tahun-tahun sebelum ini dan kami hanya bersederhana.
Untuk menjenguk kedua-dua belah ibu bapa pula, ianya mudah bagi kami kerana bapa mentua saya tinggal bersama.
Rutin kami setiap tahun beraya dengan bapa mentua kemudian akan pulang ke Klang (keluarga Ernie).
Dalam pada itu, gara-gara pernah tersalah memilih warna baju, pelantun lagu Aku Cinta tersebut pada tahun ini bersepakat untuk menyarung pakaian yang lebih sesuai dengan tona kulit masing-masing.
Tahun ini warna sedondon dan Syamel juga memilih warna yang sesuai sebab tahun lepas dia marah saya pilih warna kuning.
Katanya tak sesuai dengan warna kulit. Jadi tahun ini kami pilih warna yang selamat.
Baju raya Khawla

Bercerita lanjut, sebagai ibu bapa, Ernie dan Syamel juga menyediakan pakaian lebih banyak buat anak perempuan mereka, Khawla yang kini semakin lincah dan aktif.
Baju anak kena sediakan lebih sebab dia sangat lasak dan dia suka bergaya.
Tak mengapa kalau dia sudah tidak boleh pakai lagi baju-baju itu pada tahun hadapan sebab ia boleh diberikan kepada sesiapa yang memerlukan nanti.
Sekadar info, Syamel dan Ernie mendirikan rumah tangga mereka pada Mac 2021.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Nur Khawla Soleha yang berusia tiga tahun.






