Di Instagram Story, aktres jelita, Erra Fazira mencuri tumpuan ramai apabila menitipkan ucapan istimewa buat seorang individu sempena ulang tahun kelahiran.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Erra Fazira Pantau Anak, Gusar Dengan Kes Jenayah – ‘Bukan Tak Nak Bagi Berdikari Cuma Keadaan Sekarang Merisaukan’
Artikel Berkaitan: Erra Fazira Dipuji, Tak Pernah Sebar Aib Bekas Pasangan – ‘Sampai Sekarang Tak Tahu Kenapa Putus Tunang & Bercerai’
Letak lagu ‘Semoga Abadi’
Menerusi pemerhatian pihak OhBulan!, ucapan tersebut dipercayai ditujukan kepada seorang lelaki. Rata-rata netizen mula berteka teki siapa individu tersebut. Ini kerana, pelakon ‘Maria Mariana’ itu tidak mendedahkan identiti sebenar individu berkenaan.
Happy Birthday. Selamat ulang tahun buat kamu yang mendamaikan. Moga Allah perkenankan segala doa dan harapan yang terindah dalam kehidupan dunia dan akhirat. Amin.
Lebih mencuri tumpuan, Erra turut meletakkan lagu ‘Semoga Abadi’ nyanyian Misha Omar di posting tersebut.
Memetik laporan Mstar, pengurus aktres berkenaan iaitu Sharendra Abd Razak mengakui Erra dan Ezwan Zain kini dalam fasa mengenal hati budi masing-masing.
Ujar Sharendra, dia tidak dapat berkongsi lanjut mengenai hubungan berkenaan namun berharap orang ramai dapat mendoakan kebahagian mereka.
Saya tak campur hal peribadi dia, tapi setahu saya mereka memang berkawan. Saya tak pasti sejauh mana hubungan itu tapi doakan yang terbaik untuk mereka.
Baru lagi (kenal), berapa lama itu saya tak pasti tapi masih dalam peringkat baru lagi. Masih dalam proses kenal hati budi lagi.