berita

Erra Fazira Hiasi Muka Depan Majalah GLAM

October 23rd, 2012 | by Ai
Kini Trending

Wajah jelita Erra Fazira kini boleh ditatap pada muka depan majalah Glam edisi November 2012 yang kini sudah berada di pasaran. Erra Fazira atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, 38 tahun, antara artis utama yang akan difokuskan dalam majalah Glam ini.

Menerusi muka depan majalah Glam ini, Erra Fazira tampil menawan dengan memperagakan busana indah daripada Dior dress dengan kombinasi hebat daripada aksesori Montblanc jewellery.

Sementara itu, Glam edisi terkini bakal menampilkan beberapa selebriti ternama antaranya Umie Aida, Ella, Dynas, Dayang Nurfaiza dan ramai lagi. Bagi si fashionista, jangan lupa dapatkan majalah Glam edisi November 2012 di pasaran.

Sumber : Glam Malaysia

×