Untuk edisi bulan Februari tahun ini, majalah InTrend telah memilih pelakon dan model terkenal, Erra Fazira sebagi penghias muka depan majalah mereka.
Erra Fazira yang kelihatan ‘vogue’ telah menggayakan set busana berwarna biru elektrik dan penampilan selebriti ini menjadi lebih menyerlah dengan adanya elemen ‘glitter’ di bahagian skirt.
Meskipun penampilan Erra kelihatan sedikit ringkas, akan tetapi dengan adanya selitan aksesori berupa gelang tangan serta calitan solekan mata yang sedikit memukau, ia mampu menaikkan aura pesona dan anggun diwajah aktres terkenal ini.
Menerusi foto yang dipaparkan, nampaknya begitu banyak isu-isu menarik yang bakal dikupas oleh majalah InTrend, antaranya adalah 178 Romance with style, Asmara Luar Tabii serta yang paling menarik adalah luahan hati Erra Fazira sendiri menerusi isu ‘Superstar Erra Fazira – Usah Tanya, Doakan Sahaja..’
Oleh itu, bagi mengetahui lebih lanjut mengenai isu-isu menarik ini, jangan lupa untuk dapatkan majalah InTrend edisi Februari 2013 di pasaran sekarang!!