berita

EXCO Pemuda UMNO Buat Laporan Polis Terhadap Individu Hina Menteri Agama

May 16th, 2020 | by Amirul Asraf
Isu & Kontroversi

Sebagai rakyat Malaysia, menjaga sensitivi kaum dan agama sesama masyarakat sangatlah penting. Namun begitu, baru-baru ini viral di media sosial mengenai segelintir netizen yang didakwa meninggalkan komen berbaur hasutan dan hinaan terhadap menteri agama dan juga Islam.

Susulan daripada itu, EXCO Pemuda UMNO Malaysia, Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin, telah membuat laporan polis terhadap individu yang berkenaan.

Sidang media Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Pada 14 Mei yang lalu, satu sidang media oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri telahpun berlangsung. Menerusi sidang media tersebut, Dr Zulkifli memberitahu bahawa solat secara berjemaah boleh dilaksanakan secara berperingkat bermula semalam selepas solat Jumaat. Namun, terdapat garis panduan yang bakal dilaksanakan.

Sementara itu, netizen yang menyaksikan sidang media tersebut mula meninggalkan komen dan pandangan mereka mengenai pengumuman yang dilakukan. Terdapat beberapa komen yang didakwa berbaur hasutan dan hinaan terhadap menteri agama dan juga Islam turut dilihat di ruangan komen sehingga ianya menimbulkan perasaan yang kurang senang buat para penonton yang menyaksikan siaran langsung tersebut.

Buat laporan polis

Laporan Polis terhadap beberapa pengguna laman Facebook yang menghina Agama Islam dan Menteri Agama. Jangan Hina Islam, hormati semua agama dan jauhi Provokasi. Bagi kamu agama kamu, bagi kami agama kami. Saya bukan nak ambil tugas ayah Rani Kulup buat laporan sepanjang masa. Tapi terasa marah dan geram kerana Islam dan bangsa kami yang terlalu baik dengan semua bangsa, semakin hari semakin diperlekehkan oleh mereka yang tidak tahu bersyukur hidup di negara ini.

Sia – Sia aku daki gunung yang tinggi, Sia – Sia aku Jelajah 7 Benua, Sia-sia aku Jelajah Kutub Utara dan Selatan, Bila melihat agama aku dihina, Menteri penegak agama aku dicerca, Tapi aku diam!!! Nanti mati mahu jawab apa sama ALLAH! Bangkitlah Bangsaku. Demi Agamamu!

Ekoran komen yang didakwa hasutan dan hinaan itu, EXCO Pemuda UMNO Malaysia, Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin telah membuat laporan polis. Menurutnya, dia tidak sanggup melihat menteri agama dan Islam dihina sebegitu sahaja. Justeru, dia berharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan tegas terhadap individu-individu terbabit. Rata-rata netizen bersetuju dengan tindakan yang dilakukan Muqharabbin.

Sumber: Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×