Pelakon jelita, Eyka Farhana tampil berkongsi pengalaman pertamanya menjadi peneraju utama bagi filem seram arahan pengarah terkenal, Dr. Ahmad Idham iaitu Anak Perjanjian Syaitan 2.
Artikel Berkaitan: Eyka Farhana Tak Mahu Campur Urusan Cinta & Kerjaya – ‘Tunggu Seru, Banyak Lagi Saya Nak Capai’
Demam ‘masuk’ kubur
Ketika ditemui OhBulan!, Eyka atau nama sebenarnya Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi berkata dia mengambil masa yang lama untuk menjayakan watak yang diminta kerana dirinya seorang penakut.
Filem ini merupakan filem seram pertama lakonan saya jadi bila saya dapat watak ini saya perlu buat kajian lebih mendalam.
Watak sebagai ‘Azlina’ memerlukan saya untuk bermain dengan macam-macam emosi. Kejap dia emosi, kejap dia penakut, kejap berani dan boleh jadi macam-macam. Jadi bila balik rumah tu, memang saya perlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan watak ini.
Kadang-kadang bila saya di rumah seorang diri tak ada pun sebenarnya tapi sebabkan ‘mind set’ saya yang penakut ini membuatkan saya terlalu fikir mengenai perkara seram. Tapi Alhamdulillah lama-lama saya okay.
Eyka berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada tayangan perdana filem Anak Perjanjian Syaitan 2 yang diadakan di GSC Mid Valley, Kuala Lumpur.
Ketika ditanya mengenai babak dalam kubur, Eyka mendedahkan dia mengalami demam sejurus selesai.
Babak yang saya kena masuk dalam kubur tu saya memang terkejut sebab tak ada dalam skrip jadi pada saya itu jadi satu cabaran.
Selepas saya buat babak tu, keesokan harinya tu semua kru produksi demam termasuklah saya. Saya mula jadi tak sedap badan dan sebagainya.
Mungkin sebab suasana kawasan ketika itu ditambah pula dengan hujan, bau tanah dan sebagainya. Jadi perkara itu sebenarnya menjadi cabaran itu kami semua. Tapi, nasib baik kami ini tak adalah nampak apa-apa.
Namun begitu, pelakon drama ‘Melur Untuk Firdaus 2’ memberitahu dia tidak terlepas daripada pengalaman ‘diganggu’ makhluk halus sepanjang tempoh penggambaran.
Sewaktu di set, perasaan seram itu tidaklah terlalu mengganggu tetapi, ada satu hari saya ‘diganggu’.
Saya baru sahaja selesai penggambaran antara jam 12 tengah malam hingga 1 pagi. Dah selesai babak saya, saya menuju ke kereta dengan adik.
Saya dengar suara orang menyanyi. Saya pandang adik sebab bukan saya seorang sahaja yang dengar. Sepanjang perjalanan pulang ke rumah, kami berdua tak bersuara langsung. Memang senyap sahaja.
Tapi, saya ikut nasihat mereka yang lebih berpengalaman supaya duduk dulu dalam kereta atau singgah di mana-mana. Lagi pula, di rumah ada adik masih kecil.
Bila dah balik ke rumah, perasaan saya seperti rasa ada orang sedang memerhatikan saya. Tapi, setakat itu sahajalah.