Ezad, bekas vokalis kumpulan Exist telah mengikatkan tali pertunangannya bersama Asliza Abdullah dalam sebuah majlis yang serba ringkas di kediaman perempuan pada 1 Jun 2012 yang lalu.
Difahamkan, Asliza merupakan pembantu peribadi Ezad dan akan menjadi pengurusnya sebaik sahaja selesai majlis perkahwinan yang dijadualkan berlangsung pada bulan depan. Bagaimanapun, tarikh perkahwinan masih belum ditetapkan.
Berkata melalui Facebook, Ezad yang kini mencecah usia 33 tahun mengucapkan tanda kesyukuran kerana akan mengakhiri zaman bujang tak lama lagi.
“Doakan yg terbaik untuk kami dan keluarga kami semua. Sesungguhnya tiada yang terbaik dari kita bersama selain sifat saling ikhlas sesama kita. Mudah-mudahan…”
Kumpulan Exist yang ditubuhkan sejak tahun 1991 kini dianggotai oleh Joey sebagai vokalis utama setelah Ezad disingkirkan oleh kumpulan tersebut pada tahun 2007.