berita

Facebook Ella Digodam, ‘Hackers’ Muat Naik Video Tak Senonoh!

July 28th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Ella

Penyanyi rock popular, Ella memaklumkan akaun Facebook rasmi miliknya telah digodam, pada petang Rabu.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Pakai Satu ‘Set’ Merah Ke Konsert Ella, Netizen Puji Che Ta ‘Always Slay’ – ‘Fesyen Sentiasa Kebabom’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Kurang Senang Ella Berpelukan Dengan Amir Masdi Depan Suami – ‘Batas Tetap Kena Jaga’

Digodam

Ella

Menerusi hantaran di Instagram, Ella berkata pihak pengurusan yang mewakilinya sudah pun membuat laporan polis berhubung isu tersebut.

27 Julai 2023, jam 6 petang, mengambil maklum bahawa akaun Facebook rasmi milik saya telah digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Pihak pengurusan dalam usaha melapor perkara ini kepada Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan akan menyerahkan makluman kepada Suruhanjaya Komunikasi Malaysia (SKMM) untuk tindakan selanjutnya.

Sementara itu, menerusi tinjauan OhBulan! di laman Facebook milik Ella, dapat dilihat beberapa hantaran video kurang sopan telah dimuat naik oleh si ‘hackers’.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×