Selepas menafikan khabar angin yang mengatakan mereka berdua sedang bercinta, kali ini, tiba-tiba Yana Samsudin mengaku bahawa adik Farid Kamil iaitu Fadzil Zahari telah datang ke rumah keluarga Yana di Johor.
Yana turut mendedahkan bahawa Fadzil juga menjadi rapat dengannya selepas dia putus cinta tiga tahun yang lepas.
“Boleh dikatakan dia adalah lelaki yang rapat dengan saya selepas saya putus cinta dulu iaitu sejak tiga tahun lalu.
Kami kenal sudah lama, saya rapat dengan keluarga dia dan dia juga beberapa kali ke singgah ke rumah saya di Johor jika ada kerja di sana.” – dipetik dari mStar Online.
Tak kisahlah betul atau tidak, tapi jika benar Yana dan Fadzil bercinta, apa salahnya kan?