berita

Faezah Elai Nafi Dakwaan Gaduh Dengan Peminat

June 5th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

OHBULAN!faezah-3

Lama tak dengar khabar Faezah Elai kan? Maklumlah, selepas kelahiran anak sulungnya, dia jarang muncul di kaca televisyen dengan produk baru.

Namun, tak ada angin tak ada ribut, tiba-tiba pelakon ini dihimpit kontroversi apabila dia dikatakan berperang dengan peminatnya di Twitter.

Ceritanya begini, Faezah ada menegur sikap seorang peserta yang menyalahkannya selepas tersingkir daripada program realiti Ikon Siarawan pada Sabtu lalu dan bertukar menjadi ‘perang Twitter’ apabila ada pihak lain cuba masuk campur.

OHBULAN!faezah-1

Faezah Elai ketika ditemui di majlis Jalan-Jalan Minum Kopi Bersama Selebriti semalam menegaskan dia tidak bergaduh dengan individu tersebut sebaliknya hanya bertanya dan meminta penjelasan apabila dia dikatakan tidak profesional.

Sebenarnya tak ada perang pun,  dia tweet kata saya tak professional, jadi saya tanya dia melalui twitter. Saya tak tengok pun program Ikon Siarawan itu, jadi saya kurang jelas apa yang pengikut di Twitter itu cuba katakan.

Katanya, saya tidak profesional. Saya pun tanyalah pada dia, ada tak dia tengok rancangan Feminin ketika giliran peserta itu. Pada saya, bukan level saya nak gaduh dengan dia.

OHBULAN!Minumkopi-103

Faezah pun ada juga menerangkan apa yang terjadi sewaktu program Feminin kendaliannya disiarkan hingga menyebabkan pihak lain salah faham.

Peserta tersebut diberikan tugasan sebagai pengacara jemputan program Feminin. Sepanjang siaran itu, mulanya saya memang bagi dia peluang untuk bercakap tapi tak sangka pula dia terlalu banyak bercakap sampai dah nak keluar ending kredit. Jadi saya tiada pilihan dan terpaksa potong cakap dia.

Ha, panjang berjela jawapan Faezah. Kami faham, tugas sebagai pengacara ini bukan senang. Kalau dah orang banyak cakap, tetapi dah overrun, potong sajalah kan?

Tetapi katanya, perkara itu dah selesai sebab penonton itu pun dah minta maaf. Apapun, peminat janganlah cepat menyalahkan, kita tak tahu apa yang terjadi dibelakang tabir. Betul tak?

P/S: Kadang-kadang apa yang ditulis biasa je, tapi selalu disalah erti. Hmmm..

SKIP THIS AD ×