berita

Faizal Ismail Sertai AG Dan Fizo Di NLKO

December 5th, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

FBI

Kami pasti anda terkejut apabila bekas penyampai radio Hot FM iaitu Faizal Ismail telah dipilih untuk mengacarakan sebuah rancangan bual bicara, Nasi Lemak Kopi O (NLKO) bukan ?

Apa tak nya, sebelum ini Faizal pernah memberitahu bahawa perletakan jawatannya di sebuah stesen radio hanyalah kerana ingin menumpukan bidang perniagaannya.

Artikel Berkenaan : Faizal Letak Jawatan Serta Merta

Namun ternyata Faizal atau nama sebenarnya Mohd Faizal Bin Ismail, 37, dilihat serius menerima tawaran untuk mengacarakan rancangan NLKO ini.

FBI2

Kredibiliti FBI yang diluar jangkaan

Faizal (FBI) yang terkenal dengan kredibilitinya sebagai salah seorang pengacara berbakat bakal muncul dikaca televisyen anda untuk mengacarakan NLKO sebaris dengan pengacara ternama iaitu AG, Luqman dan Fizo Omar.

Apa yang pasti, kali ini FBI akan digandingkan bersama AG dan Luqman pada setiap hari Ahad untuk membincangkan topik-topik hangat yang bersesuaian dengan pelbagai peringkat umur antaranya isu-isu lelaki dan juga keluarga.

Setakat ini, keserasian FBI bersama pengacara lain sewaktu menggantikan Fizo yang sedang berbulan madu telah menambat hati penonton yang rata-ratanya tertawa melihat telatah FBI.

Screen Shot 2013-12-05 at 1.09.53 PM

Sokongan pengguna laman sosial

Sebagai tambahan, NLKO akan bersiaran setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad bermula pada pukul 8 pagi hingga 10 pagi di TV9. Pasti suasana di NLKO makin gamat dengan kehadiran Faizal Ismail. Apa-apa pun, nantikan rancangannya ya!

SKIP THIS AD ×