Nampaknya, bukan sahaja penyokong Pakatan Rakyat dan para peminat Norman KRU yang tidak bersetuju dengan kenyataannya. Malah, rakan selebriti iaitu Ahmad Idham dan Faizal Tahir turut bersuara menolak pendapat Norman.
Menerusi akaun Twitter kedua-dua selebriti tersebut, pengarah, Ahmad Idham dan juga penyanyi, Faizal Tahir, telah menulis kenyataan yang dilihat secara jelas tidak setuju dengan kenyataan Norman KRU (boleh baca disini).
Faizal Tahir menerusi akaun Twitternya menulis, “Some people have seriously got to be kidding me by saying industry filem dan muzik akan hancur kalau bertukar tangan pimpinan.”
Faizal turut menambah, “Dr seorg ‘org lama’ industri – ‘kalau PAS berkuasa, industri filem & muzik kita akn hancur’ Hahaha”
Ahmad Idham pula menerusi akaun Twitternya juga dipercayai menulis tweet dibawah selepas Norman menulis kenyataannya di laman Twitter.
Tak cukup disitu, gitaris Hujan iaitu AG Coco juga dipercayai menujukan tweet-nya ini kepada Norman KRU.
Nampaknya, ramai selebriti yang tidak berapa setuju dengan kenyataan Norman KRU. Dijangkakan lebih ramai lagi yang tidak bersetuju, namun mungkin mereka mengambil jalan untuk tidak terlibat dalam isu ini.
Apa pun, kata-kata oleh Joe Lee (@klubbkidkl) menerusi akaun Twitternya benar-benar menarik perhatian kami.
“Baik Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat – undi anda adalah undi anda. Let nothing sway you from the reality of things.”