Penyanyi Shila Amzah berbangga dengan persembahan yang dipamerkan adiknya, Amir Syahir pada konsert minggu pertama Famili Duo 3 yang bersiaran malam tadi.
Artikel Berkaitan: Famili Duo 3: Tak Lupa Saudara Islam, Sharif & Syaiful Zero Sumbang Sebahagian Wang Hadiah RM10,000 Kepada Palestin
Artikel Berkaitan: Famili Duo 3: Teka Teki Terjawab! Sharif & Syaiful Zero Jadi Peserta Ke-6
‘Bangga dengan adik saya’
Menerusi perkongsian di Instagram, Shila berkata, meskipun mereka diuji dengan beberapa dugaan keluarga baru-baru ini, namun Syahir tetap memberikan yang terbaik.
Kurang dari seminggu latihan, pelbagai cabaran dan rintangan yang melanda, apa yang saya boleh katakan saya bangga dengan adik saya, Amir Syahir. Kita nak tengok graf yang ada peningkatan okay.
Pada perkongsian yang sama, pelantun lagu Patah Seribu itu turut memuat naik video sesi latihan bersama adiknya.
Dalam masa sama, Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah berkata, dia dan Syahir akan terus melakukan yang terbaik pada konsert akan datang.
Saya juga bangga dengan kami berdua, walaupun apa jua berlaku, kita memang letak sepenuhnya Lillahitaala.
Semoga urusan kita dipermudahkan. Jumpa next week tema Cinta, nantikan persembahan kami di Famili Duo.
Program Famili Duo musim ketiga yang membuka tirainya secara rasmi malam tadi menyaksikan duo adik beradik Shila dan Syahir menyampaikan lagu Menggegar Dunia nyanyian asal Akim dan Stacy.
Shila dan Syahir berjaya mengumpul markah sebanyak 49.1% sekali gus menduduki tempat kedua di belakang duo adik beradik Sharif dan Syaiful Zero yang mengumpul markah 55.4%.
Famili Duo 3 bersiaran secara langsung setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam di TV3 atau strim di www.tonton.com.my.
Sumber: Instagram