Far East Movement yang popular dengan lagu ‘Like A G6’ muncul buat kali kedua di Malaysia pada 15 Disember 2012 di Stadium Merdeka bersama barisan penghibur antarabangsa, Bobby Ray & penghibur tempatan, Mizz Nina, yang dibawa khas untuk meraikan Watsons Music Festival.
Konsert yang dihoskan oleh penyampai radio Hitz.Fm, Mootz & DJ Skeletor ini akan disemarakkan dengan persembahan ‘Oppa KL Style’, dimana para pengunjung boleh berganding untuk menari rentak yang diadaptasikan daripada lagu kegilaan ramai, ‘Oppa Gangnam Style’.
“Ini adalah penganjuran terbesar kami setakat ini. Setiap pelanggan yang bertuah berpeluang menemui artis kegemaran mereka melalui pas backstage yang kami sediakan, dan ada kejutan lain juga. Ini bersesuaian dengan motto kami, iaitu ‘Money-Can’t-Buy-Experience’,” kata pengarah urusan Watsons Malaysia, Kulvinder Birring.
Bagi mendapatkan tiket, anda perlu mempunyai kad Watsons VIP dan berbelanja sebanyak RM60 dimana-mana cawangan Watsons dan menebus sepasang tiket dengan jumlah poin terkumpul 100; mulai 12 November hingga 15 Disember 2012.
Selain itu, tiket percuma dan pelbagai hadiah menarik boleh dimenangi melalui radio Era FM dan Hitz.FM, 8TC Quickie dan akhbar The Sun.
Paling menarik, sebagai pengguna akan dihiburkan dengan pelbagai aktiviti menarik melalui konsep “Time to Play” yang diadakan. Ini termasuklah lintas langsung, aksi belakang tabir, interview, permainan, peraduan, cara menemui artis kegemaran, dan cara untuk memenangi pas On-Stage! Untuk keterangan lanjut boleh lawat facebook Watsons Malaysia sekarang!