Kemelut rumah tangga antara pelawak Shuk Sahar dan isterinya Fara Salleh menjadi antara bualan hangat di media sosial sejak minggu lalu.
Artikel Berkaitan: Fara Salleh Kongsi Kata-Kata Hikmah – ‘Segelintir Lelaki Boleh Menjadi Sangat Toksik’
Artikel Berkaitan: Fara Salleh Selar Kenyataan Rakan Shuk Sahar & Iqram Dinzly – ‘Geram Macam Mana Pun Kau Tak Ada Hak Nak Masuk Campur’
‘Healing’
Terbaharu, menerusi hantaran di Instagram Story (IG), Fara memuat naik sekeping foto memaparkan dua buah passport yang tertera nama ‘Fara’ dan ‘Shuk’. Ia seolah-olah memberi bayangan mereka sedang bercuti bersama.
Bukan itu sahaja, turut kelihatan di dalam passport tersebut adalah dua keping tiket penerbangan.
Fara turut menulis kapsyen ringkas di hantaran tersebut meskipun tidak mendedahkan di manakah destinasi percutian mereka.
Healing.
Terdahulu, Fara mencuri tumpuan apabila memuat naik beberapa hantaran mengenai rumah tangganya yang didakwa sedang bergolak.
Bukan itu sahaja, Fara juga dilihat meminta Shuk untuk menceraikannya kerana sudah tidak tahan dengan perangai buruk pelawak berusia 38 tahun itu.
Shuk kemudiannya membuat satu hantaran di IG Story menafikan dakwaan tersebut dan meminta orang ramai untuk menilai dengan menggunakan akal fikiran.
Sumber: IG Fara Salleh