Isteri kepada pelawak sensasi, Shuk Sahar iaitu Fara Salleh berkongsi kata-kata hikmah dengan pengikutnya di media sosial.
Artikel Berkaitan: Fara Salleh Dakwa Menyesal Kahwin Dengan Shuk Sahar, Minta Diceraikan? – ‘Pujuk Dia Lepaskan Saya’
Artikel Berkaitan: Fara Salleh Selar Kenyataan Rakan Shuk Sahar & Iqram Dinzly – ‘Geram Macam Mana Pun Kau Tak Ada Hak Nak Masuk Campur’
Sikap lelaki
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Threads, Fara berkongsi petikan kata-kata hikmah yang berkisarkan tentang perihal lelaki.
Berdasarkan petikan itu, segelintir lelaki disifatkan toksik di dalam sesebuah perhubungan bersama wanita.
Segelintir lelaki boleh menjadi sangat toksik.
Mereka tidak mahu mencintai anda dengan betul tetapi mereka juga tidak mahu melepaskan anda.
Semakin banyak anda memberi, semakin kurang mereka membalas. Di saat anda sudah memutuskan untuk pergi, ketika itu mereka baru bersedia untuk mencintai dan melayani anda dengan betul.
Putuskan kitaran yang tidak sihat itu. Biarkan ianya menyakiti buat kali yang terakhir dan putuskan hubungan dengannya.
Terdahulu, Fara mencuri tumpuan apabila memuat naik beberapa hantaran seolah-olah memberi bayangan mengenai rumah tangganya yang didakwa sedang bergolak.
Bukan itu sahaja, Fara juga dilihat meminta Shuk untuk menceraikannya kerana sudah tidak tahan dengan perangai buruk pelawak berusia 38 tahun itu.
Shuk kemudiannya membuat satu hantaran di IG Story menafikan dakwaan tersebut dan meminta orang ramai untuk menilai dengan menggunakan akal fikiran.
Sumber: Threads Fara Salleh