berita

Faralyna Idris Kahwin Disember Ini, Enggan Dikaitkan Dengan Hairul Lagi

April 30th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

Tonton-Dan-calonnya-adalah-16

Zaman sekarang ini, kahwin diusia muda seolah-olah sudah menjadi trend pula kan? Mungkin dah sampai jodoh, perkara baik tak elok dilengah-lengah betul tak?

Hari ini, pelakon yang popular dengan drama Dingin Lavenda, Faralyna Idris mengumumkan dirinya bakal menamatkan zaman bujang Disember tahun ini.

Bakal berkahwin diusia 23 tahun, Faralyna memberitahu keputusan untuk berkahwin berlaku secara kebetulan dan kini sedang sibuk membuat persiapan bertunang pada 31 Mei ini.

Tonton-Dan-calonnya-adalah-22

Melalui laporan Harian Metro, Faralyna mengakui sudah mengenali bakal suaminya sekitar dua tahun lalu melalui seorang rakannya dan menerima lamaran tersebut selepas yakin dan melihat sikap bertanggungjawab yang ada pada jejaka tersebut.

Saya mengenali bakal suami sekadar teman yang lama-kelamaan menjadi teman rapat, namun sepanjang perhubungan itu kami tidak pernah ‘declare’. Apabila sudah lama berkawan saya dapat rasakan keserasian antara kami dan dari situ timbul rasa sayang. Saya dan dia sudah berjumpa ahli keluarga masing-masing dan mereka merestui perhubungan ini.

Justeru saya tidak mahu terlalu lama berfikir apatah lagi melihat sikap tanggungjawabnya sebagai abang sulung kepada tiga beradik serta membantu menguruskan keluarga selepas kehilangan ibunya tahun lalu, meyakinkan hati ini dialah yang terbaik untuk saya.

Malah, Faralyna berkata keputusannya untuk berkahwin tidak ada kena mengena dengan kekecewaan sebelum ini dan menegaskan dia enggan dikaitkan lagi dengan Hairul Azreen.

Apapun, tahniah kami ucapkan kepada Faralyna atas berita gembira ini. Semoga hubungan yang terbina akan kekal bahagia.

Dalam perkembangan terbaru, Faralyna kini sedang sibuk menjalani penggambaran drama Fajar Aiman terbitan Suhan Movies & Trading Sdn Bhd bersama pelakon Syarul Ridzwan.

SKIP THIS AD ×