Penyanyi Farez Adnan mengakui bahawa ramai wanita ingin mendekatinya selepas menjalani pembedahan bariatrik pada awal bulan Februari lalu.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Sebut Fakta, Bukan Fitnah’ – Farez Adnan Sedia Jumpa Pengasas Tadika Swasta, Dakwa Tipu Bayar KWSP Pekerja
Artikel Berkaitan: Farez Adnan Mengaku Tak Boleh Puasa, Labur RM27,000 Jalani Bariatrik – ‘Setiap Satu Jam Saya Kena Makan’
Artikel Berkaitan: Farez Adnan Akui Kesihatan Mental Terganggu, Nafi Cetus Kontroversi Secara Maya Lagu ‘Chu Kuca Raya 2024’
Keyakinan diri semakin meningkat
Menerusi temu bual bersama OhBulan!, Farez berkata, sejak kebelakangan ini dia menerima banyak undangan untuk melakukan persembahan dan menjadi pengacara bagi beberapa majlis tertutup. Ujar Farez, rezekinya semakin bertambah selepas menjalani pembedahan bariatrik awal tahun ini.
Alhamdulillah, sekarang dah ada banyak job dan duit. Ada beberapa jenama yang nak buat kolaborasi dengan saya selepas melihat penampilan terkini. Lagipun saya sendiri dah rasa ada keyakinan diri dan berani untuk ke hadapan.
Dulu pakai baju besar nak tutup lemak. Sekarang baju itu semua dah jadi kenangan dan disimpan rapi. Kita nak masuk kaca televisyen mestilah kena cantik dan lawa. Jadi saya kena ikut. Dulu banyak sangat yang menolak dan tak mahu ambil saya. Sekarang, saya bersyukur sangat.
Farez yang ditemui ketika Majlis Pelancaran Kuurus Life di Grounds, Kuala Lumpur, baru-baru ini, turut mengakui bahawa ada segelintir wanita yang mahu berkenalan dan mendekatinya.
Memang ada yang minat apabila saya dah kurus. Mereka nak berkenalan dan mendekati. Cuma sekarang saya belum ada yang istimewa. Hari itu ada bincang dengan mak nak tamatkan zaman bujang. Tetapi mak tak bagi. Dia tanya kenapa nak kahwin awal.
Dia suruh saya jaga dia dulu. Oleh sebab itu, saya fokus nak utamakan keluarga terlebih dahulu. Mak mungkin takut kehilangan anak lelaki dia. Saya pula anak lelaki tunggal dalam keluarga. Nak menyakinkan dia tu susah. Terfikir nak kahwin tu ada, cuma belum tiba masanya lagi.
Disoal mengenai keadaan kesihatan pula, Farez memberitahu dia berada dalam keadaan baik.
Selepas buat bariatrik hari tu, saya memang kena jaga pemakanan dan tak boleh makan terlalu banyak. Sekarang, Alhamdulillah dah boleh makan lebih sikit tetapi perlu jaga kuantiti juga. Saya akan makan tiga kali sehari.
Di akhir temu bual, Farez berkongsi mengenai perkembangan kariernya. Jelas Farez, dia akan mengeluarkan single baharu tidak lama lagi. Pada masa yang sama, dia sibuk menjadi pengacara untuk beberapa majlis.