Pelakon jelita, Diana Danielle mencuri perhatian apabila memuat naik satu hantaran menerusi Instagram Storynya kira-kira beberapa minit selepas suaminya, Farid Kamil memberitahu mahu mempertahankan rumah tangga mereka.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Masih Sayangkan Isteri & Anak-Anak..Saya Akan Jernihkan Keadaan Kembali’ – Farid Kamil
Hipokrit!
Menerusi hantaran tersebut, Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson seakan mahu menggambarkan suaminya itu sebagai seorang yang hipokrit.
Hipokrit.
Walau bagaimanapun, hantaran yang dimuat naik Diana itu telah pun dipadam beberapa minit kemudian.
Sebelumnya, Farid atau nama sebenarnya Farid Kamil Zahari memaklumkan bahawa masih sayang akan keluarganya dan akan cuba sedaya upaya mempertahankan rumah tangganya bersama Diana.
Kenyataan itu dibuat Farid selepas tularnya hantaran dibuat Diana yang mahu memfailkan penceraian buat kali kedua pada petang Isnin.
Untuk rekod, Farid dan Diana bercerai talak satu pada Ogos tahun lalu sebelum memilih untuk kembali rujuk selepas 21 hari berpisah.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad, 11, dan Nur Aurora yang kini berusia 9 tahun.
Sumber: Instagram Diana Danielle