berita

Farid Kamil Doa Dapat Beraya Satu Keluarga, Nak Bergambar Di Pagi Syawal

April 13th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Pengarah dan pelakon, Farid Kamil berharap sambutan hari raya Aidilfitri yang akan menjelang tidak lama lagi dapat disambut bersama isteri, Diana Danielle dan dua orang anaknya, Muhammad serta Aurora.

Artikel berkaitan: Farid Kamil Dakwa Diana Danielle Sengaja Tak Bagi Jumpa Anak

Artikel berkaitan: Diana Danielle Halau Ibu Kandung Keluar Rumah, Farid Kamil Sudah Lama Tak Berjumpa

Artikel berkaitan: ‘Bertaubatlah Sebelum Terlambat’ – Farid Kamil Risau Diana Danielle Akan Dilaknat

Bergambar pagi raya

Tidak henti memanjatkan doa, Farid atau nama lengkapnya, Farid Kamil Zahari, 41, akui dirinya merindui momen di pagi raya yang mana mereka sekeluarga wajib bergambar bersama.

Saya tidak berhenti berdoa untuk bawa anak-anak dan isteri untuk balik ke kampung dan beraya seperti selalu di Kedah.

Setiap kali pagi raya, kami satu keluarga akan mengambil gambar di tempat yang sama setiap tahun.

Saya sangat-sangat berharap dan berdoa agar raya tahun ini kami satu keluarga dapat berkumpul sekali lagi.

Farid berkata demikian ketika dia ditemui usai prosiding sulh pertama yang diadakan di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam pada Selasa.

Bagaimanapun, prosiding tersebut hanya berlaku di sebelah pihak sahaja apabila Diana tidak dapat menghadirkan diri.

Prosiding sulh kedua difahamkan akan berlangsung pada 25 Mei depan di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam.

Pada 20 Mac lalu, Diana Danielle memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, yang juga pelakon, Farid Kamil.

Pelakon filem Imaginur itu membuat permohonan cerai atas alasan, tiada persefahaman dan berlakunya shiqaq atau perbalahan berpanjangan dalam rumah tangga mereka.

Bagaimanapun, Farid enggan melafazkan cerai tersebut. Malah, pasangan itu difahamkan tidak lagi tinggal serumah.

Pada 24 Mac lalu pula, Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam membenarkan permohonan Diana Danielle secara ex-parte berhubung hak penjagaan hadanah interim (sementara) bagi dua anak mereka sehingga 30 Mei depan.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10, serta Aurora, 8.

SKIP THIS AD ×