berita

Farid Kamil Jatuh Berguling Di Tangga, Lutut Retak

July 18th, 2012 | by M
Kini Trending

Komitmen kerja yang melibatkan aktiviti lasak sentiasa mengundang risiko kecederaan. Ini yang terjadi kepada Farid Kamil apabila beliau telah jatuh berguling di tangga sebuah kelab hiburan Rootz, Bukit Bintang semasa menjalani penggambaran filem Dampak, sebuah filem bergenre aksi, Isnin lalu.

Memetik laporan Mstar, Farid Kamil kini terpaksa direhatkan selama 6 minggu daripada sebarang aktiviti kerana lutut kirinya retak akibat hentakan insiden. Difahamkan, lutut kiri Farid Kamil menjadi bengkak kerana berlaku pendarahan dalaman yang amat serius.

Ekoran daripada itu, Farid Kamil yang menerima rawatan di Hospital Ampang Puteri terpaksa bergantung kepada tongkat kerana kakinya tak boleh menerima tekanan daripada lantai.

The following two tabs change content below.

M

Founder OHBULAN! yang kini bergiat secara serius dalam industri media & pengiklanan. Beliau membantu para klien mencapai pelanggan yang berpotensi melalui kempen pengiklanan secara menyeluruh dan berkesan.

SKIP THIS AD ×