Sejak melahirkan bayi sulungnya pada bulan Julai yang lepas, boleh dikatakan baru beberapa kali Diana Danielle membuat penampilan di majlis-majlis terbuka.
Diana yang ditemui sewaktu majlis pelancaran kempen Cadbury Dairy Milk “Pick Your Favourite” semalam kelihatan sangat langsing dan semakin cantik seperti anak dara.
Ditanya apakah rahsia memiliki bentuk badan yang cantik selepas bersalin, Diana menjawab ianya disebabkan kadar metabolisma di dalam badannya yang tinggi tanpa mengamalkan apa-apa petua.
Namun menurut Farid Kamil yang turut bersama isterinya semalam, Diana tidak menjamah nasi sepanjang tempoh kehamilan sehinggalah ke hari ini.
Saya pernah berjanji kepada Diana untuk memastikan bentuk badannya kekal seperti asal selepas berkahwin. Dan disebabkan itu, dia kena ikut prosedur saya.
Sewaktu mengandung, Diana tidak makan nasi dan lauk kari langsung. Dia cuma makan buah-buahan dan protein seperti ikan salmon untuk memberikan zat yang cukup kepada bayi.
Selepas bersalin pun dia tak makan nasi, belum boleh lagi. Tunggulah dalam masa enam bulan nanti.
Malah, aktor itu turut menyekat perbelanjaan makanan ringan Diana sewaktu belajar di Australia bagi mengawal pemakanan isterinya.
Dalam perkembangan lain, pasangan selebriti ini telah dipilih oleh Cadbury Malaysia untuk mewakili perisa Fruit & Nut menerusi kempen Cadbury Dairy Milk “Pick Your Favourite”.
Untuk makluman anda, kedua-duanya memilih perisa tersebut kerana ia menggambarkan personaliti mereka yang berbeza tetapi saling melengkapi, sama seperti Fruit & Nut.
Kredit foto: Instagram Diana Danielle