Baru-baru ini, pelakon dan pengarah, Farid Kamil menarik nafas lega apabila terlepas hukuman penjara selama sembilan bulan selepas Mahkamah Rayuan mengenakan denda sebanyak RM5,000 kerana mengunakan dadah pada empat tahun lalu.
Artikel berkaitan: Terlepas Hukuman Penjara 9 Bulan, Farid Kamil Kena Denda RM5,000 – ‘Saya Gembira Kes Ini Telah Selesai’
Artikel berkaitan: Farid Kamil Bawa Watak Anwar Ibrahim Sebab Nak ‘Cari Makan’, Diana Danielle Harap Jangan Politikkan Isu
Terbaru, Farid Kamil tampil menyangkal dakwaan segelintir pihak yang mendakwa keputusan mahkamah tersebut mempunyai kaitan dengan lakonannya sebagai Anwar Ibrahim.
Keputusan pihak mahkamah sepenuhnya
Menurut Farid, isu tersebut tidak mempunyai kaitan langsung kerana keputusan terlepas hukuman penjara adalah daripada pihak mahkamah sepenuhnya. Tambah Farid, dia sudah menjalani penggambaran filem tersebut lebih awal sebelum Datuk Sri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri yang baru.
Saya memanjatkan kesyukuran dengan keputusan mahkamah dan ingin saya jelaskan keputusan tersebut tiada kaitan dengan Anwar Ibrahim. Untuk netizen, anda seharusnya baca keputusan penuh kehakiman yang di keluar oleh tiga orang panel hakim yang telah mengeluarkan kenyataan bertulis menyatakan bahawa tuduhan kepada saya adalah tidak konsisten. Berdasarkan keputusan tersebut, ternyata saya telah dianiaya.