berita

Farid Kamil Tak Benar Mak Diana Jumpa Cucu?

July 30th, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

farid_kamilpolis1

Umum tahu dengan sedikit masalah yang dihadapi oleh Farid Kamil bersama ibu mertuanya. Sebelum ini juga Farid pernah meluahkan perasaan di Twitter sehingga menarik perhatian para peminat dan juga media. Bagaimana pun, pelakon popular ini dilihat bijak menangani masalah dengan caranya sendiri.

Terbaru, menerusi laporan mStar Online, Farid Kamil mendedahkan bahawa ibu mertuanya perlu berjumpa dengannya terlebih dahulu jika ingin menemui cucunya yang juga anak kepada Farid dan Diana Danielle.

Memetik kenyataannya didalam akhbar online tersebut, Farid menjelaskan bahawa tindakannya ini bagi melindungi isteri dan juga anaknya.

Artikel Berkaitan :

“Kalau ingin jumpa cucu, dia perlu jumpa saya terlebih dahulu.”

“Saya risau perkara tidak diingini berlaku, saya tidak berdendam tetapi sekadar melindungi isteri dan anak saya. Saya dapat merasakan ibu mertua saya akan melakukan sesuatu yang tidak diingini kepada mereka.

“Sebelum ini juga banyak cerita negatif tentang kami yang keluar daripada mulut ibu mertua yang menyebabkan saya lebih berhati-hati.”

Screen-Shot-2013-07-25-at-12.20.31-PM

Farid bersama Diana dan juga anak sulung mereka

Bukan setakat itu, menerusi laporan yang sama, Farid mengaku bahawa isterinya sendiri kecewa dengan sikap ibunya.

“Apa yang saya lihat Diana sendiri berasa sangat kecewa dengan sikap ibunya yang tidak suka kami berkahwin.”

Memang naluri seorang lelaki dan juga suami untuk melindungi anak serta isteri terhadap apa-apa pun ancaman. Namun untuk berwaspada terhadap ibu mertua sendiri?

Mungkin kita tidak memahami apakah masalah sebenar diantara mereka, tapi harapnya hubungan yang keruh diantara mereka akan menjadi jernih selepas ini.

SKIP THIS AD ×