berita

Farid Kamil Tunggu Masa Sesuai Perkenal Anak

September 6th, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

Preview filem Dampak-14

Sejak kelahiran anak pertamanya dua bulan lalu, peminat jarang disajikan dengan penampilan bayi lelaki itu secara terang-terangan. Kalau ada pun, sekadar sekeping dua foto bayi comel berkenaan di Instagram.

Pada mulanya, si ibu yang ‘menyorokkan’ diri di Australia sepanjang proses kehamilan hingga bersalin, dan nampaknya kini anak mereka juga tidak akan diperkenalkan kepada khalayak selagi masanya belum tiba.

Farid Kamil yang ditemui sewaktu majlis pra-tonton filem Dampak di Cathay Cineplex e@Curve semalam memberitahu bahawa mereka sekeluarga akan memperkenalkan anak lelakinya menerusi satu majlis yang akan diadakan nanti.

Kami akan perkenalkan bayi kami secara rasmi pada majlis khatam Al-Quran dan aqiqah. Yang menjadikan majlis itu lebih istimewa ialah Diana sendiri akan khatam Al-Quran pada majlis tersebut. Tetapi tarikh, lokasi dan masa masih dalam perbincangan dan akan diberitahu kelak.

Preview filem Dampak-11

Menurut Farid lagi, berkemungkinan besar Astro akan membuat liputan khas berkenaan majlis itu dan akan membuat tayangan eksklusif dalam salah satu salurannya nanti.

Disebabkan itu, segala hal berkaitan anaknya seperti gambar, nama dan penampilan di khalayak terpaksa dihadkan kerana telah menjadi hak eksklusif Astro selagi majlis itu belum diadakan.

Untuk pengetahuan anda juga, buat masa ini Diana dan bayinya dijaga oleh mak Farid di Alor Setar sejak pulang dari Australia beberapa hari sebelum Syawal yang lepas.

Bayi yang kini berusia dua bulan dua hari itu juga masih belum dipertemukan dengan seorang lagi neneknya iaitu mak Diana. Nampaknya masalah Farid dengan ibu mertuanya masih belum menemui jalan penyelesaian lagi.

Bagaimanapun, di sini OHBULAN! sertakan beberapa keping foto Farid Kamil yang sempat dirakam oleh jurugambar kami sewaktu majlis pra-tonton filem Dampak semalam.

SKIP THIS AD ×