berita

Fasha Sandha Anggun Hiasi Muka Depan Nona Edisi Oktober!

September 4th, 2013 | by Ai
Make-It-Senang

1170773_10151690170154724_1494374371_n

Buat pertama kalinya, majalah Nona bakal menampilkan aktres jelita, Fasha Sandha sebagai penghias muka depan majalah mereka setelah pelakon berbakat tersebut selamat melahirkan cahaya mata sulungnya, 15 April lalu.

Menerusi paparan foto yang dikongsikan, Fasha Kelihatan sangat anggun dengan sentuhan solekan dan dandanan ringkas oleh Sue Cantik.

Penampilannya turut diserlahkan lagi dengan selitan aksesori berupa subang panjang dan cincin yang didatangkan dalam satu set lengkap, yang dilihat mampu membangkitkan lagi aura elegan buat si pemakai.

Fasha Sandha

Untuk edisi kali ini, Fasha bakal berkongsi bagaimanakah pengalaman kali pertamanya bergelar ibu kepada Putra Rayfal Ramli dan apakah detik-detik indah yang dilalui oleh pelakon tersebut sepanjang bergelar seorang isteri serta ibu kepada dua individu penting dalam hidupnya.

Dalam pada itu, edisi kali ini turut merungkai beberapa isu menarik khusus untuk kaum hawa, antaranya adalah ketahui tips ekstra sihat dan cantik, apakah 10 ayat pantang disebut ketika berperang serta ikuti bual bicara mengenai isu aspirasi buat Ratu oleh beberapa selebriti terkenal seperti Kavita Kaur, Elaine Daly dan Lina Teoh.

Jangan lupa untuk dapatkan majalah Nona edisi Oktober 2013 di pasaran! Pelbagai isu-isu menarik bakal diketengahkan khusus untuk informasi para wanita di luar sana.

Kredit Foto : Facebook Nona

SKIP THIS AD ×