Tanggal 9 Julai lepas telah berlangsungnya Fashion Show Raya 5 Stars II bertempat di Muzium Tekstil Negara. Pertunjukan fesyen ini telah dimeriahkan lagi dengan kehadiran para artis jemputan seperti Dato’ Siti Nurhaliza, Tasha Shila, Fazura, Natasha Hudson dan si kecil molek Elfira Loy.
Menerusi pertunjukan fesyen ini, pereka fesyen terkenal Hazwani Osman telah menampilkan koleksi rekaan beliau yang berkonsepkan “Lebaran Love Story”. Menampilkan 10 koleksi yang cantik dan menarik, Hazwani Osman turut menonjolkan busana daripada rona hitam, putih dan juga pastel.
Ini merupakan 10 koleksi foto busana rekaan Hazwani Osman yang diperagakan pada malam “Majlis Fashion Show Raya 5 Stars II”:
Baju melayu moden yang dipadankan dengan seluar bercorak batik ini kelihatan sungguh klasik dan unik. Paduan rona putih dan biru merupakan kombinasi yang sungguh ideal dan mampu membangkitkan gaya tampan buat si jejaka.
Busana rona pitch ini kelihatan sungguh menarik dengan padanan kain bercorak abstrak. Busana berpotongan ala kebaya pendek ini kelihatan sungguh menyerlah dengan adanya sematan lebihan kain yang bermotifkan reben dibahagian pinggang. Sematan ini mampu menampilkan ilusi langsing serta menonjolkan lagi keanggunan buat si gadis.
Busana kurung moden rona putih ini kelihatan sungguh klasik dan menawan. Kombinasi rona putih dan hitam merupakan paduan warna yang sungguh sesuai dan ideal. Walaupun busana ini kelihatan sedikit ringkas, tetapi ia mampu membangkitkan aura sopan dan anggun si pemakai.
Busana kurung moden rona putih dan pink ini merupakan kombinasi warna yang sungguh lembut dan menarik. Sematan bermotifkan reben dibahagian pinggang mampu memberikan ilusi langsing dan tinggi buat si gadis. Selain itu, sedikit padanan sulaman dibahagian kaki baju mampu menaikkan lagi seri pesona dan sopan wanita melayu.
Busana rona putih dan hijau turquoise ini kelihatan sungguh unik dan menarik. Potongan kain yang direka sedikit kembang ala skirt ini mampu menonjolkan kelainan dalam rekaan Hazwani Osman dan ia mampu menyerlahkan lagi penampilan si gadis di pagi lebaran.
Busana rona putih berpotongan pendek ini kelihatan sungguh menarik apabila dipadankan dengan kain bertahtakan sulaman daripada motif flora. Selain itu, penambahan renda di bahagian leher busana mampu membangkitkan gaya moden dan memberikan aura keayuan buat si gadis.
Busana rona putih dan merah ini kelihatan sungguh anggun dan menawan. Paduan warna yang bijak mampu menyerlahkan lagi penampilan si gadis di pagi lebaran. Selain itu, potongan kain rona merah berombak ini mampu membangkitkan lagi gaya klasik dalam penampilan.
Busana kurung moden rona hitam dan merah ini kelihatan sungguh cantik dan menarik. Gabungan warna yang ideal ini mampu membangkitkan aura klasik dan menyerlahkan lagi penampilan si gadis. Disamping itu, padanan corak ringkas di bahagian baju mampu menonjolkan lagi penampilan dan pesona buat gadis melayu.
Busana rona cream berpotongan ala kebaya moden ini kelihatan sungguh menyerlah apabila dipadankan dengan kain rona hitam. Kombinasi warna yang sungguh menarik ini mampu menonjolkan kejelitaan dan keanggunan si gadis. Selain itu, bahagian kaki kain yang direka sedikit berombak mampu membangkitkan aura klasik dalam penampilan.
Busana rona hitam ini kelihatan sungguh elegan dan mempesonakan. Walaupun ia kelihatan sedikit ringkas, tetapi tetap kelihatan menarik dan menawan kerana potongannya yang moden dan mampu memberikan ilusi langsing buat si pemakai.