berita

‘Fast & Furious 6’ Makin Ganas Ala Grand Theft Auto

February 4th, 2013 | by Ai
Filem Antarabangsa

Fast & Furious 6

Bagi mereka yang mengikuti perkembangan filem ‘Fast and Furious,’  ini ada berita baik untuk anda semua, di mana pada bulan Mei ini, pihak Universal Pictures bakal menayangkan filem aksi terbaru mereka berjudul ‘Fast & Furious 6 – Super Bowl Trailer Spot.’

Filem yang menampilkan pelakon-pelakon berbakat seperti Vin Diesel, Paul Walker, Dwayne Johnson, Jordana Brewster, Michelle Rodriguez, Luke Evans serta Gina Carano ini bakal menampilkan beberapa kereta hebat seperti Nissan GT-R, Subaru BRZ serta sebuah kereta kebal ala grand theft auto.

Menerusi filem ‘Fast & Furious 6 – Super Bowl Trailer Spot’ ini Dom (Diesel) dan Brian (Walker) bakal menggunakan kereta kebal yang mempunyai bahan letupan berkuasa tinggi serta sebuah kereta perang ala ‘The Road Warrior’ sebagai kenderaan mereka, manakala Hobbs (Johnson) pula bakal menggunakan helikopter dan jet jumbo.

Pasti ramai yang sudah tidak sabar menantikan kemunculan filem ‘Fast and Furios 6’ ini di pawagam berhampiran anda bukan? Kalau begitu, jangan lupa untuk saksikan filem ini bermula 24 Mei akan datang.

Jom layan triller filem ‘Fast & Furious 6 – Super Bowl Trailer Spot’ selepas ini. Enjoice!!

Sumber : Yahoo Movies

SKIP THIS AD ×