Berikutan percakaran yang berlaku di antara pelakon Fathia Latiff dan Zarina Anjoulie, aktor Azhar Sulaiman tampil menasihati mereka agar berhenti memalukan sesama sendiri di media sosial.
Artikel Berkaitan: Azhar Sulaiman Dedah Zainol Macwilson Bantu Dapatkan Tawaran Filem, Netizen Sokong – ‘Pandai Je Orang Tu Cakap Sendu’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kau Pun Tarik Dadah Tapi Nak Acah Suci’ – Zarina Anjoulie
Nasihat seorang abang
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram (IG), Azhar memuji rupa paras kedua-dua selebriti itu dan mengakui dia pernah tertarik dengan kecantikan mereka.
Saya mengaku sebagai lelaki tulen, tak dapat elak dari rasa syok dekat Fathia dan Zarina di zaman 20-an mereka.
Mereka berdua sangat ‘hot chicks’.
Bagaimanapun, Azhar berasa kurang senang melihat ‘peperangan’ yang berlaku di antara mereka kerana ianya boleh menjejaskan imej seorang pelakon terutama selepas dilabel oleh warganet.
Justeru itu, aktor berusia 52 tahun tersebut berharap agar mereka bersikap matang dan tidak lagi bertengkar di media sosial.
Sebagai seorang abang, saya ingin menasihati kamu berdua. Perbalahan secara terbuka hanya akan beri ‘bad vibes’ dan persepsi yang buruk terhadap profesion kita.
Jadi, please bergaduh behind the camera, okay.
Saya dan yang lain terkesan bila netizen label kita macam hampas. Saya sayang anda berdua, jadi tolonglah bertenang.
Terdahulu, kecoh diperkatakan tentang Fathia yang bertindak menyindir pasangan selebriti, Zahirah dan Aiman Hakim Ridza menerusi sesi siaran langsung di TikTok.
Fathia dengan berani mengecam rupa paras Zahirah yang dikatakan seperti pembantu rumah selain mendakwa pernah mendapatkan rawatan kecantikan di Australia.
Walau bagaimanapun, Zahirah dan Aiman dilihat tidak memberikan sebarang respon berhubung isu berkenaan malah meneruskan kerjaya dan kehidupan seperti biasa.
Sumber: IG Azhar Sulaiman