berita

Fatin Afeefa & Jutawan Dah Nikah

December 30th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Pelakon Fatin Afeefa dan pasangannya, Aliff Awang sah bergelar suami isteri di Putra Glass Hall, Subang Jaya, pada malam ini (Jumaat).

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kongsi Momen Sarung Cincin, Fatin Afeefa & Kekasih Jutawan Dah Bertunang?

Alha jadi jurusolek

Menerusi hantaran Instagram (IG), jurusolek, Datuk Alha Alfa memuat naik foto Fatin lengkap memakai serba putih.

Selain itu, aktres berumur 28 tahun ini dilihat mengenakan hijab dan kedua-dua belah jarinya memakai inai merah.

Di ruangan komen, warganet mula meninggalkan ucapan tahniah kepada pemilik nama Fatin Nur Afifah Shamsudin.

Hari yang menggembirakan

Sementara itu, di Instagram Stories, tunang pelakon filem Tentang Bulan ada berkongsi foto dirinya memakai baju melayu lengkap juga berwarna putih.

Sebelum ini, Fatin dan Aliff difahamkan mengikat tali pertunangan pada bulan November lalu.

Terdahulu, Fatin dan aktor Adam Shahz mendirikan rumah tangga pada tahun 21 Disember 2013 namun disahkan bercerai pada 30 Mei 2017.

Sumber: Instagram @wbas.phto, @alhaalfa & @diariseorangtrader

SKIP THIS AD ×