Selepas kecoh kemelut dengan pelakon Adam Shahz, Fatin Afeefa sekali lagi mencuri tumpuan warganet di media sosial.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Arrian Bukan Anak Luar Nikah!’ – Fatin Afeefa
Artikel Berkaitan: Adam Shahz Tak Meroyan, Restu Fatin Afeefa Nak Kahwin – ‘Lailahaillallah.. Kalau Dia Jemput, Saya Datang’
Sarung cincin
Menerusi hantaran di Instagram Stories, pelakon filem Tentang Bulan memuat naik video seakan sudah melangsungkan majlis pertunangan dengan teman lelaki yang didakwa seorang jutawan.
Dalam rakaman tersebut, seorang wanita berhijab dilihat menyarungkan sebentuk cincin kepada wanita lain yang ‘free hair’.
Namun, pemilik nama Fatin Nur Afifah Shamsudin memilih untuk tidak mendedahkan wajah kedua individu tersebut.
One step closer
Bagaimanapun, hasil pemerhatian OhBulan!, teman lelaki Fatin ada memuat naik foto momen sarung cincin di akaun miliknya.
Lelaki tersebut yang dikenali sebagai Aliff Awang juga ‘repost’ hantaran daripada kenalan rapat yang mengucapkan tahniah di samping mendoakan agar urusan dipermudahkan.
Untuk rekod, Fatin dan Adam mendirikan rumah tangga pada tahun 21 Disember 2013 namun disahkan bercerai pada 30 Mei 2017.
Sumber: Instagram @fatinafeefa & @diariseorangtrader