Selepas tiga tahun memperjuangkan hak anak, pelakon, Fatin Afeefa akhirnya menarik nafas lega apabila tuntutan nafkah itu berpihak kepadanya.

Artikel Berkaitan: Fatin Afeefa Kongsi Pengalaman Sara Hidup Tanpa Nafkah Daripada Bekas Suami – ‘Catu Makanan Kongsi Bertiga’

Artikel Berkaitan: Fatin Afeefa Kongsi Pengalaman ‘Maid’ Bermasalah – ‘Dia Pakai Crop Top & Skirt Saya, Menari Lucah’

Nafkah

View on Threads

Menurut pemilik nama Fatin Nur Afifah Shamsudin, 32, mahkamah memutuskan bekas suaminya, Adam Shahz mampu memberikan nafkah kepada anak mereka, Ivy Herra Sophia.

Difahamkan, nafkah bulanan untuk Ivy dinaikkan selain yuran persekolahan ditanggung sepenuhnya oleh pihak bapa.

Hak sentiasa ada, bukan sesuatu yang perlu diminta. Kini perkara itu dipenuhi.

Mahkamah telah putuskan, nafkah bulanan dinaikkan, yuran sekolah ditanggung sepenuhnya.

Tidak lagi bergantung pada ibu sahaja.

Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah yang Maha Melihat dan Maha Adil.

Bercerita lanjut, pelakon filem Tentang Bulan itu mengakui proses dirinya memperjuangkan hak untuk anak perempuannya agak sukar namun baginya berbaloi.

Tiga tahun bukan sekejap. Dari mengandung sampai si bongsu dah dua tahun, ulang alik mahkamah.

Saya bertahan, berjuang untuk Ivy. Hari ni (semalam) mahkamah sendiri kata dia mampu. 

Terdahulu, pada tahun 2024, Fatin menuntut kenaikan nafkah anak daripada RM500 kepada RM3,000 sebulan.

Bagaimanapun, Adam enggan membayar yuran persekolahan anaknya kerana tidak mampu.

Fatin pernah mendirikan rumah tangga bersama Adam pada 21 Disember 2013, namun bercerai pada 30 Mei 2017.

Sumber: Threads