Semenjak berkahwin, setiap posting yang dimuat naik oleh pelakon, Fatin Afeefa dan suaminya, Aliff Awang di media sosial berjaya mencuri perhatian netizen.
Artikel berkaitan: [VIDEO] Tunjuk ‘Love Bite’ Dalam Live, Suami Fatin Afeefa Akui ‘Lazat’ – ‘Dah Kahwin Okay Lah Nampak Bahagia’
Artikel berkaitan : ‘Kenapa Lari? I Bayar Mahal Kahwin Dengan You’- Elak Dipegang Suami, Tindakan Fatin Afeefa Jaga Wuduk Dipuji
Artikel berkaitan : Suami Selamba Komen Masakan Fatin Afeefa Masin, Tak Sedap Macam Awal Bercinta
Artikel berkaitan : Fatin Afeefa Kongsi Video Nikah, Peminat Tumpang Rasa Bahagia – ‘Allah Dah Bagi Yang Lebih Baik’
Menerusi laporan Harian Metro, Fatin mengakui sudah mula bosan melihat video sendiri menjadi ‘fyp’ (For Your Page) atau viral di TikTok.
Balik-balik tengok wajah sendiri
Ujar Fatin, dia berharap netizen berhenti merakam dan memuat naik semula ‘live’ yang dibuatnya.
Bagaimana saya hendak cakap pada orang, boleh tak padam video ini kerana saya sendiri yang melihat pun rasa seperti hendak muntah. Post saja video orang lain. Asalkan bukan saya di fyp. Saya juga sering membuka TikTok, balik-balik tengok wajah sendiri. Bukan apa, yang dimaki nanti saya. Ini kerana saya sendiri jarang ‘live’ di TikTok, namun ada yang merakam video berkenaan dan memuat naik semula.
Sebelum ini, ada seorang individu mendakwa Fatin memilih Aliff sebagai suami hanya kerana kekayaan yang dimiliki. Menafikan spekulasi itu, Fatin berkata, Aliff bukan lelaki kaya yang pertama mendekati dirinya. Jelas Fatin, dia jatuh hati dengan Aliff kerana wajah tampan dan kacak.
Sumber: Harian Metro