Sejak berkahwin dan mempunyai anak, pelakon terkenal Fattah Amin mendedahkan dirinya semakin jarang untuk keluar melepak bersama rakan-rakannya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Suami Kena Ambil Tahu Dengan Siapa Isteri Berkawan’ – Fattah Amin Tak Kongkong Fazura
Menghabiskan masa di rumah
Memetik laporan Harian Metro, Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin memberitahu dia banyak menghabiskan masa di rumah bersama keluarga dan hanya akan keluar sekiranya mempunyai urusan kerja sahaja.
Namun, Fattah turut berharap agar rakan-rakan memahami statusnya yang sudah menjadi bapa dan tidak terasa hati dengannya.
Memang tidak dinafikan sejak ada Fatima, saya memang jarang keluar dengan kawan-kawan lelaki kecuali bila betul-betul perlu. Maksudnya kalau ada mesyuarat ke, barulah saya keluar.
Saya lebih banyak menghabiskan masa di rumah bersama dengan keluarga. Tapi, memang ada juga rakan-rakan yang menghantar mesej bertanya, namun saya balas saja pertanyaan mereka.
Apa yang penting, kepada kawan-kawan saya mohon jangan terasa biarpun lama tidak berhubung. InsyaAllah nanti adalah rezeki, mungkin raya boleh datang ke rumah.
Selain itu, pelakon berusia 33 tahun itu mendedahkan bahawa dia suka untuk bermain ‘game’ sekiranya mempunyai masa yang terluang.
Saya juga suka bermain ‘game’, jadi apabila hendak ada masa untuk diri sendiri itulah yang sering dilakukan. Apapun, bergantung kepada keadaan jika anak ke rumah sepupu atau sibuk dengan aktivitinya, barulah saya bermain ‘game’.
Cuma tidak boleh hendak ‘me time’ sangat kerana sudah berkeluarga kan? ‘Me time’ saya adalah bila saya dapat main ‘game’.
Untuk rekod, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan dikurniakan cahaya mata bernama Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.
Sumber: Harian Metro