berita

Fattah Amin Lancar 5 Lagu Zikir Sempena Bulan Ramadan

March 23rd, 2023 | by Wahidah Othman
Kini Trending

Penyanyi dan pelakon, Fattah Amin melancarkan lima buah lagu zikir eksklusif sempena meraikan bulan Ramadan yang boleh dihayati melalui aplikasi Mukmin Pro.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fatima Menangis, Tak Sampai Hati Tengok Daddy Kena ‘Pukul’

Artikel Berkaitan: Pengurus Syarikat Fazura Didakwa Berdepan Hukuman Penjara, Sebat & Denda Kerana Pecah Amanah

Muzik islamik

Menurut penyanyi berusia 33 tahun, karya ini sebagai satu penghormatan buatnya. Kata aktor berumur 33 tahun, besar harapannya agar karya islamik yang dilancarkannya dapat memberi ketenangan buat pendengar terutamanya ketika pada bulan mulia.

Saya bersemangat untuk berkongsi lagulagu zikir ini dengan peminat saya dan komuniti Muslim yang lebih luas. Ia merupakan penghormatan untuk melagukan zikir ini secara eksklusif di aplikasi Mukmin Pro dan saya berharap ia membawa ketenangan dan kedamaian kepada mereka yang mendengarnya semasa bulan Ramadan yang diberkati ini.

Pemilik nama Abdul Fattah Mohd Amin juga memberitahu lagu-lagu zikir yang diterbitkan oleh Mukmin Pro ini merupakan sebahagian daripada fokus barunya yang mahu menghasilkan lebih banyak kandungan zikir dan muzik Islamik buat peminat karyanya.

Sementara itu, aplikasi Mukmin Pro yang dikenali dengan ciriciri Islamik yang boleh dipercayai ini bakal akan menawarkan trek eksklusif tersebut kepada pengguna sepanjang bulan Ramadan.

Antara lima trek zikir iaitu Iktiraf, Taubat Nasuha, La Hawla wa la Quwwata illa billah, Rabbi Yassir, dan Zikir Fatimah tersedia di aplikasi berkenaan dan boleh juga distrim melalui aplikasiSpotify, Apple Music dan Youtube mulai minggu pertama Ramadan.

SKIP THIS AD ×