berita

Fattah Amin Masih Berbisa, Menang Anugerah Pelakon Terbaik WFC Singapore 2021

April 23rd, 2021 | by Amat
Kini Trending

Sebelum ini, pelakon Fattah Amin pernah dilabel ‘kayu’ dalam setiap drama mahupun filem yang dilakonkannya. Namun, pelakon lelaki ini mampu untuk menepis segala kritikan terhadapnya apabila berjaya memenangi anugerah Aktor Terbaik di World Film Carnival (WFC) Singapore 2021 menerusi filem Miimaland, baru-baru ini.

Menang Best Actor

Lakonan Fattah Amin menerusi filem Miimaland arahan Nevin Hiong telah ditayangkan pada 24 September 2020 berjaya menobatkan anugerah Aktor Terbaik buat suami kepada Nur Fazura itu.

Filem ini turut dibintangi oleh Sophia Albarakbah, Hazzy Alzeeq, Camelia Natasya dan Fattah Amin mengisahkan mengenai Ariel serta pasukannya menerima upah untuk merakam bahan-bahan menarik dan menyeramkan di taman tema yang pernah dibuka sejak 1971 dan kini terbengkalai. Dalam misi tersebut, mereka berdepan dengan pelbagai perkara mistik dan menyeramkan.

Memang tidak sangka

Sementara itu, Fattah Amin menerusi laporan BH Online, tidak sangka dan terkejut dengan pengumuman kemenangan ini. Diakui, lakonan menerusi filem Miimaland itu belum cukup terbaik buat dirinya dan Fattah menganggap kemenangan ini sebagai rezekinya dalam industri seni.

Saya dimaklumkan mengenai kemenangan itu oleh pihak pengurusan. Sebaik sahaja melihat nama tertera sebagai pemenang kategori Aktor Terbaik, saya jadi terkejut… Memang saya tidak sangka.

Secara jujur, masih banyak lagi yang perlu saya belajar daripada bidang lakonan. Ini bukanlah yang terbaik. Bagaimanapun, saya anggap kemenangan ini rezeki kerana ini adalah julung kali lakonan saya mendapat pengiktirafan peringkat di antarabangsa.

Mengenai WFC Singapore

World Film Carnival (WFC) Singapore merupakan acara berprestij bagi mengangkat filem-filem yang dihasilkan oleh pengarah dari seluruh negara. Setiap bulan, negara Singapura akan menjadi tuan rumah bagi penganjuran festival filem ini dan menobatkan beberapa anugerah kepada pengkarya seni termasuk pelakon dan krew belakang tabir.

Lebih menarik lagi, selepas tayangan diadakan, setiap penonton mempunyai peluang untuk berdiskusi mengenai filem yang ditonton mereka.

Terdapat pelbagai anugerah yang dipertandingkan termasuklah Outstanding Achievement Awards, Critics Choice Awards, Audiences Choice Awards, Honourable Mention Awards dan banyak lagi. Kemenangan bagi setiap kategori adalah 100 peratus penilaian dari juri yang dipilih, bukannya undian penonton.

Sumber: BH Online

SKIP THIS AD ×