berita

Fauziah Gous Diganggu Benda Halus?

September 21st, 2012 | by Ai
Kini Trending

Fauziah Gous merupakan nama yang cukup sinonim untuk watak-watak seram, dan pada bulan Ogos lalu pelakon berbakat ini baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama bersiri “Dendam Sarakit” untuk tayangan TV3.

Sewaktu bertemu di majlis pelancaran drama bersiri tersebut, Fauziah Gous telah memberitahu pihak media yang dirinya tidak pernah merasa serik untuk berlakon cerita-cerita seram walaupun sebelum ini dia pernah diganggu oleh benda halus ketika berada di set penggambaran.

“Sepanjang menjalani penggambaran cerita-cerita seram, saya pernahlah juga diganggu oleh benda-benda halus. Tapi semuanya tak terlalu teruk, cuma gangguan biasa sahaja. Lagipun setiap kali pergi ke set penggambaran untuk cerita seram, saya akan bawa benda penting seperti Al-Quran, Yassin dan menjaga kebersihan diri.”

“Walaupun pernah diganggu oleh benda-benda halus, saya tak pernah rasa serik untuk berlakon, kerana saya anggap semua itu adalah tanggungjawab” ujar Fauziah.

Merujuk kepada pengalamannya sewaktu menjalani penggambaran drama bersiri Dendam Sarakit di Betong, Thailand, Fauziah akui ini merupakan kali pertama dirinya terpaksa berada lama di luar kawasan dan membuatkan dia rindu untuk merasa masakan ibunya.

“Hampir sebulan saya dekat Thailad, hari-hari makan mengadap Tomyam je. Sampaikan saya sudah rasa bosan dan rindu nak rasa masakan mak saya. Lagipun ini adalah paling lama saya berada di luar kawasan.”

Dalam masa yang sama, Fauziah turut melahirkan rasa sedih atas kehilangan ayahanda tercinta sewaktu bulan Ramadhan yang lalu.

“Bila ayah saya meninggal bulan Ramadha hari tu, dua minggu saya tak keluar rumah, tak sambut raya dan sampai sekarang saya tak makan rendang. Masa tu saya ambil cuti 20 hari dan tak bekerja langsung,” ulas Fauziah lagi.

SKIP THIS AD ×