berita

Anak-Anak Restu Fauziah Latiff Kahwin Lagi

December 4th, 2014 | by Ai
Kini Trending

Screen Shot 2014-12-04 at 11.07.55 AM

Lama betul tak dengar berita mengenai Fauziah Latiff kan? Tup tup kami dengar nak kahwin dah. Wah! Tahniah kami ucapkan.

Rasanya dah lama Fauziah bersendirian, akhirnya hari ini dia mendedahkan bakal menikahi jejaka pilihannya tahun depan.

Khabarnya, anak-anak pun merestui hubungan yang bakal terjalin itu nanti. Baguslah begitu kan?

Screen Shot 2014-12-04 at 11.09.47 AM

Melalui laporan mStar Online, Fauziah mengakui dia berdebar-debar untuk melangkah ke alam perkahwinan semula.

Saya sendiri berdebar-debar untuk melangkah ke alam itu semula, tapi saya fikir ia adalah untuk kebahagian semua pihak termasuk anak-anak.

Saya tidak banyak buat persiapan kerana pada usia sekarang yang penting ialah untuk settle down sahaja. Alhamdulillah, anak-anak saya terima dengan keputusan ini dan mengharap yang terbaik buat kami.

Tahniah lagi sekali buat Fauziah Latiff. Kami doakan semuanya berjalan dengan lancar ya? Untuk korang, apa kata kita kasi #throwback sikit lagu popular dendangan Kak Gee kita ni. Enjoy!

SKIP THIS AD ×