berita

Fauziah Nawi Mahu Jumpa Agong, Minta Benarkan Anak Seni ‘Kerja’ Ketika PKP

February 5th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 dikuatkuasakan semula terdapat beberapa sektor ekonomi yang terjejas dan beberapa aktiviti sosial tidak dapat dijalankan seperti kenduri-kendara, majlis keramaian atau perayaan. Malah, aktiviti melibatkan penggambaran drama atau filem juga tidak dibenarkan.

Susulan itu, pelakon veteran iaitu Fauziah Nawi menerusi laman Facebooknya meluahkan pendapat dan sanggup berjumpa pembesar negara termasuk Yang di-Pertuan Agong serta Perdana Menteri bagi memohon kebenaran untuk penggiat seni menjalankan penggambaran untuk menyara kehidupan mereka.

Benarkan shooting semula

Pelakon veteran itu menyuarakan hasrat untuk merafak sembah untuk bertemu Yang di-Pertuan Agong. Katanya, posting tersebut ditulis sendiri tanpa paksaan mana-mana pihak dengan niat untuk membela nasib semua anak seni.

Saya tidak kisah kalau Tuanku, Perdana Menteri atau Majlis Keselamatan Negara (MKN) nak jumpa. Saya akan datang dan tidak takut pun. Ini bukan untuk saya seorang, tapi untuk semua penggiat seni.

Orang macam kami, ada kerja, ada gaji. Tidak ada kerja, tak ada gaji. Patik ampun kalau salah penggunaan bahasa. Tidak ada siapa suruh tulis.

Itu saja boleh buat. Mana tahu ada yang nampak hantaran itu dan sampaikan pada Tuanku atau Perdana Menteri. Saya difahamkan sudah ramai kongsikan hantaran itu dan ‘tag’ Tuanku dan PM. Apa saya tulis bukan nak marah, tapi memberitahu keadaan sebenar anak seni yang mana kehidupan perlu diteruskan.

Kami semua ikut SOP

Fauziah Nawi menerusi laporan Harian Metro berharap agar pihak berkuasa memberi kebenaran untuk penggiat seni bekerja semula demi mendapatkan sumber pendapatan mereka.

Saya tertanya-tanya kenapa kami masih tidak dibenarkan menjalankan penggambaran termasuk aktiviti seni lain sedangkan ketika PKPB kami semua ikut SOP. Alhamdulillah, tidak ada lagi kluster dari penggambaran.

Mereka yang mempunyai simpanan pun akan habis juga jika perkara ini berterusan. Saya faham sekarang ini semua orang susah. Malah ada yang ‘nazak’ dari segi kewangan.

Saya bersuara bukan untuk saya seorang. Kalau untuk saya saja, esok lusa tidak ada makanan, saya hubungi sesiapa pun, InsyaAllah mereka boleh bantu. Tapi, macam saya masih ada tanggungan. Apatah lagi orang lain.

Sumber: Harian Metro, Fauziah Nawi

SKIP THIS AD ×