Rumah tangga penyanyi popular era 90-an, Datuk ND Lala dan bekas isteri, Fauziah Sarman terus menjadi sorotan hingga ke hari ini.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Syada Amzah Terbuka Ibu Kahwin Baru, Fauziah Sarman Berharap Tak Jumpa Jodoh ‘Bodoh’
Artikel Berkaitan: ‘Isu Parents & Kakak, Itu Darah Daging Saya’ – Syada Amzah Pelik Netizen Jadi Hakim Tentukan Layak Beri Komen Atau Tidak
Luahan isi hati, punca bergolak
Selepas lama berdiam diri dan tidak banyak membuka mulut berkenaan rumah tangganya, Fauziah akhirnya meluahkan isi hatinya dalam satu coretan panjang lebar yang dikongsikan di Instagram miliknya pada Selasa.
Dalam coretan tersebut, Fauziah berkata dia sudah berusaha menjadi isteri yang terbaik, namun tidak menyangka rumah tangga yang dibina selama 34 tahun bersama ND Lala menemui titik noktah selepas wujud orang ketiga.
Mengejutkan lagi, apabila orang ketiga itu merupakan rakan baik kepada anak sulungnya, Shila Amzah yang sudah dianggap sebagai anak kandungnya sendiri.
Kata Fauziah, kemelut rumah tangga dia dan bekas suami bermula sekitar tahun 2016 apabila penyanyi itu kerap keluar dari rumah sehingga berminggu-minggu.
Malah, ketika berlaku banjir besar pada tahun 2021 yang turut menjejaskan kediamanan mereka, Fauziah mendakwa ND Lala selaku ketua keluarga langsung tidak membantu dan mengambil peduli.
Baju wanita lain, curi kereta
Fauziah juga menjelaskan bahawa bekas suaminya telah menghilangkan diri hampir setahun sebelum tiba-tiba muncul sewaktu malam semifinal dan final program Gegar Vaganza yang disertai Shila.
Meskipun cuba menafikan ND Lala berlaku curang, namun satu demi satu mulai terbongkar apabila Fauziah menemui campuran baju bekas suami dan wanita lain di dalam satu bagasi.
Dalam pada itu, ibu kepada empat cahaya mata itu turut meluahkan rasa kesal apabila anak lelakinya telah dituduh mencuri kereta wanita yang dipercayai isteri baru bekas suaminya sewaktu di Kedah.
Ujar Fauziah, anaknya telah menerima panggilan telefon daripada pihak polis selepas wanita berkenaan membuat laporan bahawa keretanya telah dilarikan sedangkan kenderaan tersebut dibawa oleh ND Lala sendiri dan diparkir berbulan-bulan di hadapan rumah.
Malah, jelas Fauziah anaknya telah dipaksa memulangkan sendiri kereta kepada wanita terbabit dan diminta mengaku kesilapan dengan menandatangani surat di hadapan bapanya sendiri.
Sebagai penutup kepada coretan tersebut, Fauziah berkata dia menerima takdir yang sudah tertulis dengan hati yang terbuka.
Menurut Fauziah, dirinya kini menjadi lebih kuat dan tiada lagi air mata yang mengalir. Malah, dia berharap dengan coretan yang dikongsikan dapat menjadi pengajaran kepada orang ramai.
Terdahulu, Fauziah menerusi hantaran di Instagram mengesahkan sudah bercerai dengan suaminya yang juga pelakon dan penyanyi era 1980-an, Datuk ND Lala.
Menerusi perkongsian tersebut, Fauziah memberitahu, lafaz cerai dilakukan suaminya pada 2 Ogos lalu di sebuah masjid, namun hanya dimaklumkan mengenainya menerusi aplikasi WhatsApp, pada 8 Ogos lalu.
Sumber: Instagram (Fauziah Sarman)