berita

Faye Kusairi Seronok Berniaga Nasi Ayam Tepi Jalan, Syukur Dapat Sambutan Ramai

December 15th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Faye Kusairi Seronok Berniaga

Setelah hampir sekian lama mendiamkan diri dari industri hiburan, pelakon Faye Kusairi kini sedang giat memulakan perniagaan nasi ayam yang dilakukannya secara kecil-kecilan di kaki jalan terletak di Bukit Antarabangsa.

Artikel Berkaitan: Selepas 4 Minggu, Akhirnya Faye Kusairi Sembuh Dari Bell’s Palsy

Syukur dapat sambutan

 

View this post on Instagram

 

A post shared by FAYE KUSAIRI (@fayekusairi)

Menerusi hantaran di Instagram, Faye atau nama sebenarnya Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi  mendedahkan dia berasa begitu seronok memulakan perniagaan secara kecil-kecilan itu dan dalam masa yang sama bersyukur selepas kerana mendapat sambutan dan sokongan orang ramai.

Ayah saya meluangkan masa membantu saya menguruskan gerai nasi ayam saya dengan melakukan sedikit pembersihan di kawasan sekitar sementara saya sibuk bersilat di rumah uruskan hal di rumah dan nasi ayam yang hendak dijual.

Secara jujurnya, saya ‘enjoy’ melakukan apa yang sedang saya lakukan sekarang ini. Kalau pelanggan happy, kami lagi happy dan tentunya saya lagi happy.

Alhamdulillah, dengan izin Allah saya berasa sangat bersyukur dah ada pelanggan tetap walaupun baru seminggu berniaga. Jasi semakin bersemangatlah nak meniaga nasi ayam ini.

Moga Allah melimpahkan rahmat kepada semua yang sudi support perniagaan kecil kami ini.

Dalam satu hantaran lain, Faye juga sempat berkongsi momen gerainya itu didatangi rakan selebriti, Azza Elite yang turut sama memberikan sokongan kepada perniagaannya itu.

Ya Allah, berbunga hati kita nampak kakak Azza Elite berjalan kaki dengan anak datang gerai kita.

Terima kasih Kekza sudi datang beli dan support.

Posting bersama Azza

 

View this post on Instagram

 

A post shared by FAYE KUSAIRI (@fayekusairi)

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×