

Cef selebriti dan penyanyi, Datuk Fazley Yaakob berkongsi momen-momen bersama bekas Perdana Menteri Malaysia ke-5, Tun Abdullah Ahmad Badawi telah meninggal dunia pada Isnin.
Artikel Berkaitan: Tun Abdullah Ahmad Badawi Meninggal Dunia Pada Usia 85 Tahun
Artikel Berkaitan: Fazley Yaakob Tak Mahu Anak-Anak Bersedih, Masih Lakukan Rutin Bersama Bekas Isteri Walau Sudah Berpisah
Kenangan bersama
@fazleyyaakob Hang bila naik bulan lagi?” Secebis kenangan yang sukar saya lupakan bersama Allahyarham Tun Abdullah Badawi ketika saya bersalaman dengan beliau. Dia sering keliru antara saya dan Angkasawan Negara Dr Sheikh Muzaffar pada ketika itu. Bila arwah ayah saya Datuk Yaakob membetulkan Paklah, “YAB, Ini Fazley, anak saya.. yang depan tu Dr Sheikh Muzaffar” kami semua terburai gelak berdekah satu baris di dewan PWTC Ketika itu, saya bertugas selaku Pengarah Eksekutif di PWTC selama hampir 10 tahun. Mengendalikan pelbagai acara antarabangsa dan tempatan, namun yang sering menjadi sejarah dan kenangan adalah ketika sambutan rumah terbuka YAB Paklah, paling ramai menerima kunjungan tetamu. Hingga team kitchen PWTC terpaksa membuat dapur adhoc berbumbungkan khemah sementara untuk menyiapkan juadah hampir 250,000 orang! Bayangkan betapa kelam kabutnya kami! Paklah sering berpesan pada saya, “Hang jadi artis, artis jugak, kerjaya utama jangan tinggal, mak ayah hang kena jaga, agama tetap di utamakan!” Seraya menepuk2 bahu saya. #Alfatehah buat pemimpin hebat kita
Menerusi hantaran di TikTok, Fazley atau nama lengkapnya Ahmad Fadzli Yaakob menceritakan tentang kenangan yang tidak dapat dilupakan ketika bersama Allahyarham Tun Abdullah.
‘Hang bila naik bulan lagi?’
Secebis kenangan yang sukar saya lupakan bersama Allahyarham Tun Abdullah Badawi ketika saya bersalaman dengan beliau. Beliau sering keliru antara saya dan Angkasawan Negara Dr Sheikh Muzaffar pada ketika itu.
Bila arwah ayah saya Datuk Yaakob membetulkan Paklah, “YAB, Ini Fazley, anak saya..yang depan tu Dr Sheikh Muzaffar”. Kami semua terburai gelak berdekah satu baris di dewan PWTC.
Menurut selebriti berusia 47 tahun itu, dia tidak dapat melupakan momen ketika mengendalikan sambutan rumah terbuka Allahyarham Tun Abdulllah.
Ketika itu, saya bertugas selaku Pengarah Eksekutif di PWTC selama hampir 10 tahun. Mengendalikan pelbagai acara antarabangsa dan tempatan, namun yang sering menjadi sejarah dan kenangan adalah ketika sambutan rumah terbuka Pak Lah, paling ramai menerima kunjungan tetamu.
Hingga team kitchen PWTC terpaksa membuat dapur adhoc berbumbungkan khemah sementara untuk menyiapkan juadah hampir 250,000 orang! Bayangkan betapa kelam kabutnya kami!
Pesanan arwah Pak Lah

Dalam pada itu, Fazley turut berkongsi pesanan Allahyarham Tun Abdullah yang masih berada di dalam ingatannya hingga ke hari ini.
Pak Lah sering berpesan pada saya, ‘hang jadi artis, artis juga, kerjaya utama jangan tinggal, mak ayah hang kena jaga, agama tetap diutamakan! ‘Seraya menepuk-nepuk bahu saya.
Terdahulu, berita pemergian arwah atau mesra disapa Pak Lah dikongsikan oleh Khairy Jamaluddin menerusi sebuah hantaran di Instagram Story.
Difahamkan kesihatan arwah semakin merosot sejak beberapa tahun kebelakangan ini kerana masalah demensia.
Untuk info, Pak Lah menjadi Perdana Menteri ke-5 pada 2003 selepas tamatnya penggal Tun Dr Mahathir Mohamad selama 22 tahun.
Sumber: TikTok Fazley Yaakob








