
Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob mempersoalkan tindakan segelintir isteri yang menjadikan media sosial sebagai tempat meluahkan isu rumah tangga secara terbuka.
Artikel Berkaitan: Fazley Yaakob ‘Backup Content Creator’ Kongsi Resipi Mudah – ‘Kita Tak Perlu Jadi Juri MasterChef’
Artikel Berkaitan: ‘Kalau Berbuka Luar Bulan Puasa & Makanan Tak Sedap, Maafkan Peniaga’ – Fazley Yaakob
Luahan secara umum

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, Fazley, 47, akui banyak membaca luahan hati para isteri mengenai fizikal suami.
Menurut Fazley, situasi tersebut dilihat tidak adil apabila lelaki sering dikritik kaum wanita apabila melakukan perkara yang sama.
Nak tanya, kenapa bila isteri yang tak puas hati dengan keadaan fizikal suami, dia boleh saja luah di sini (media sosial) atau kongsi dengan kawan-kawan.
Golongan suami terpaksa diam saja.
Tapi bila lelaki yang luah mengenai isteri berisi, comot di rumah, tak buat kerja rumah, ramai betul geng dia masuk marah dan tetap salahkan lelaki.
Pandangan netizen




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dilihat memiliki pendapat tersendiri berikutan isu yang dibangkitkan oleh cef selebriti berusia 47 tahun itu.
Sumber: Threads @fazleyyaakob







