berita

Fazura Simpan Hasrat Buka Restoran

June 4th, 2013 | by Ai
Make-It-Senang

Fazura -32

Pelakon cantik manis, Fazura, menyampaikan hasratnya untuk mengembangkan perniagaan dari bidang fesyen ke perniagaan makanan.

Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin mengakui minatnya yang mendalam terhadap makanan mendorong dia untuk mencuba bidang perniagaan yang semakin diceburi ramai itu.

Saya ada keinginan nak buka restoran tak lama lagi, InsyaAllah. Bila saya fikir-fikir balik apa lagi business yang saya suka, tak ada apa lagi selain fesyen dan makan. Saya rasa kalau nak buat business tu kita perlu buat sesuatu yang kita suka.

Menurut Fazura lagi, dia ada berhajat untuk meminta pendapat dan nasihat daripada Shaheizy Sam memandangkan Sam sendiri sudah mempunyai restoran sendiri.

Ada juga saya bertanyakan pendapat dia, dan dia pun masih baru lagi dalam perniagaan makanan, jadi saya rasa kami berdua sama-sama masih belajar pasal business ini.

Pelakon yang baru pulang dari Turki kerana menjalani penggambaran filem Manisnya Cinta bersama Shaheizy Sam berkeinginan untuk memperkenalkan makanan dari negara itu di restorannya.

Fazura yang ditemui ketika majlis pelancaran Lux Scentsational Lounge di Empire Shopping Gallery pagi tadi juga menyatakan hasrat untuk mengembangkan perniagaaan fesyennya ke Sabah dan Sarawak.

Fazura -24

Fazura mencuba rawatan kaki spa di Lux Scentsational Lounge

InsyaAllah, Faz akan bawa jenama House of Doll ke Sabah dan Sarawak untuk memenuhi permintaan peminat-peminat di sana. Ramai juga antara peminat yang sanggup datang dari Sabah dan Sarawak ke butik House of Doll di Bangsar, Faz rasa terharu sangat. Jadi inilah masanya untuk Faz balas jasa dan sokongan mereka.

Ditanya mengenai gandingannya bersama Shaheizy Sam dalam Manisnya Cinta, Fazura mengakui dia sangat menyenangi keserasian yang tercipta antara mereka.

Alhamdulillah, dalam banyak-banyak pelakon lelaki yang pernah saya bekerjasama, saya rasa chemistry antara saya dan Shaheizy Sam adalah yang paling unik sekali. Lakonan yang saya berikan dan dia berikan sangat serasi bersama.

Kalau anda semua nak tahu, gandingan mantap Fazura dan Shaheizy Sam juga boleh dilihat dalam drama Kisah Cinta di TV3. Selain kembali aktif dalam lakonan, Fazura juga dilantik sebagai duta jenama Lux dan sedang sibuk mempromosikan Lux Scentsational Lounge yang dilengkapi rawatan spa kaki.

Jom tengok foto-foto Fazura yang sempat dirakam oleh OHBULAN! sekitar majlis pelancaran Lux Scentsational Lounge sebentar tadi.

SKIP THIS AD ×