Pelakon jelita, Nur Fazura menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-40 pada 27 September lalu.
Artikel Berkaitan: ‘Happy Birthday Again My Love, Semoga Terus Melangkah Ke Depan Dengan Kejayaan Di Dunia Akhirat’ – Fazura
Artikel Berkaitan: ‘Sesetengah Manusia Susah Berterima Kasih, Saya Kecil Hati’ – Fazura
Keluar duit buat kejutan
Menerusi hantaran di Instagram, Fazura berkongsi beberapa foto sewaktu majlis sambutan ulang tahun kelahirannya yang diraikan bersama sahabat baiknya, baru-baru ini.
Menurut isteri kepada aktor Fattah Amin itu, dia terharu apabila mengetahui kesemua sahabat yang hadir sanggup mengeluarkan wang sendiri bermula RM500 hingga mencecah ribuan ringgit semata untuk menyambut hari istimewanya.
Lagi satu kejutan pada malam hari lahir saya! Tak terkata. Selalunya saya yang akan gembira nak rancang sambut hari lahir orang lain, tapi tahun ini… sangat sayu untuk semua kejutan.
Untuk yang ini, terima kasih kawan-kawan yang membuatkan saya berasa dicintai dan dihargai. Dengarnya hampir semua kawan-kawan yang datang malam tu keluarkan duit.
Ada yang RM500 seorang, yang beribu pun ada. Tak kurang juga yang luangkan masa dan usaha untuk sama-sama sambut hari lahir saya.
Antara yang hadir pada majlis tersebut ialah pelakon Mimi Lana, Sherry Alhadad, Azira Shafinaz dan Nadia Aqilah.
Pada perkongsian yang sama, Fazura juga mengatakan dia kini lebih selesa berada dalam kumpulan persahabatan yang lebih kecil.
Semakin tahun berlalu pergi, orang di sekeliling saya semakin kecil dan saya sangat bersyukur untuk setiap orang dan semua orang yang Allah izinkan ada, yang lama dan yang baru.
Apa yang paling penting sekarang adalah keikhlasan dalam persahabatan, yang sememangnya jarang berlaku pada masa kini.
Bersyukur untuk semua pengajaran dan semoga Allah SWT sentiasa kurniakan saya dan kita semua petunjuk serta hikmahNYA yang terbaik di dunia akhirat… mudah-mudahan. Aminnn.
Sumber: Instagram