Susulan keterbukaan usahawan terkenal Neelofa untuk berdamai dengan Nur Fazura, sekali gus menamatkan konflik berlarutan sejak 13 tahun lalu, kali ini giliran aktres itu pula memberi respon balas.
Artikel Berkaitan: Neelofa Sedia Bersemuka Dengan Fazura, Mahu Tamat ‘Perang’ Dingin 13 Tahun
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Petik Nama Saya Pergi Clubbing Itu Tuduhan Berat’ – Fazura
Muncul lagi anasir tidak jemu menangguk air keruh
Terbaru di Instagram (IG), Fazura menyatakan dia tidak berniat untuk membuka aib sesiapa namun terpaksa membuka mulut kerana enggan membiarkan perkara tidak betul terus ‘merebak.’
Penyanyi berumur 40 tahun itu berkata dia hanya menjawab soalan yang diajukan pihak media ketika majlis ‘Ngopi Bersama Fazura’ pada Ahad lalu mengenai dakwaan ‘clubbing’ dipercayai daripada seorang peminat tegar selebriti.
Bismillahirahmanirrahim… Semoga kita semua diberikan panduan dan hidayah dari Allah SWT.
Tiada niat untuk membuka aib sesiapa tetapi jika dibiarkan, perkara tidak betul yang tumbuh akan terus melata. Dalam saya sibuk menguruskan kehidupan serta keluarga dan rancangan kerjaya sendiri, muncul lagi anasir yang tidak jemu menangguk di air yang keruh.
Dikongsikan ialah rakaman video sebenar sewaktu wawancara di majlis pelancaran produk terbaharu Faz baru-baru ini untuk dinilaikan sendiri. Sejujurnya Faz hanya menjawab soalan yang telah diajukan oleh wartawan. Jika tidak dijawab, ceritanya lain pula nanti.
Respons Faz adalah kepada soalan berkenaan perkara yang telah ditularkan oleh para peminat tegar individu lain tetapi sekarang digambarkan seolah-olah Faz yang memulakannya.
Untuk apa? Tiada sebab dan tiada keuntungan untuk Faz memulakan sesuatu yang tidak produktif. Banyak perkara lain perlu diberikan perhatian. Faz sentiasa bersyukur dengan kurniaan Allah SWT kepada Faz dan keluarga selama ini.
Mangsa cacian
Kata Fazura, dia dan suami, Fattah Amin serta keluarga sudah bertahun menjadi mangsa kecaman netizen terutama daripada kalangan peminat tegar.
Namun itu tidak menghalang Faz, Fattah dan keluarga kami menjadi mangsa cacian dan fitnah para peminat tegar ini. Ini bukan kali pertama, sudah bertahun-tahun lamanya tapi Faz dan suami, terus fokus kepada kehidupan kami dan kerjaya sendiri.
Kini, Fatima juga menjadi mangsa tambahan. Apa salah dia sehingga sasaran cacian itu dihalalkan?
Selain itu, pemilik nama Nur Fazura Sharifuddin juga menyangkal timbul ‘perang dingin’ dengan isteri kepada PU Riz. Katanya lagi, dia lebih mengutamakan keizinan Fattah dalam memilih kawan.
Naratif ‘Perang Dingin’ yang digembar-gemburkan ini juga tidak betul dan tidak pasti niatnya apa. Sama juga seperti orang lain, Faz berhak menentukan dengan siapa Faz sesuai berkawan.
Tidak berkawan, tidak semestinya memusuhi. Kini, izin suami dengan siapa Faz wajar berkawan juga wajib diberikan keutamaan.
Dalam pada itu, pelakon drama Hero Seorang Cinderella mendoakan agar semua orang dapat meneruskan kehidupan masing-masing dalam keredhaan Allah SWT.
Tiada guna memerah jerami untuk mendapatkan santan. Semoga kita semua dikurniakan kebahagiaan dan ketenangan di dunia akhirat. Mudah-mudahan. Amin.
Hari ini, Neelofa menyifatkan sudah tiba masa untuk meletakkan noktah pada kemelut berpanjangan membabitkannya dengan Fazura.
Terdahulu, pergaduhan kedua-dua selebriti popular itu tercetus ketika pembabitan awal Neelofa dalam industri.
@ohbulanofficial Ketika ditemui OhBulan!, Neelofa, 34, berkata dia ingin meletakkan noktah kemelut bersama Fazura yang sudah masuk tahun ke-13 ? #ohbulan #sembangentertaiment #fyp ? original sound – OHBULAN!
Sumber: Instagram