Pasangan duo keenam program Famili Duo musim ketiga menyatakan mereka sudah bersedia untuk diadili dan dikritik barisan juri tetap iaitu Ajai serta Mas Idayu.
Artikel Berkaitan : Famili Duo 3: Kak Lina Pom Pom & Suami Diramal Jadi Peserta Keenam – ‘Patutlah Tarik Diri Dari GV’
Artikel Berkaitan : ‘Tetap Masuk Pertandingan Untuk Cari Rezeki’ – Netizen Sokong Shila & Syahir, Harap Menang Famili Duo 3
‘Pernah bekerjasama dengan juri’
Menurut salah seorang duo keenam itu, meskipun dia pernah bekerjasama dengan Ajai dan Mas Idayu beberapa kali sebelum ini, namun percaya bagi program Famili Duo mereka akan lebih serius dan bersikap profesional.
Mungkin ramai tahu, saya pernah bekerjasama dengan mereka iaitu Ajai dan Mas Idayu. Saya tahu mereka berdua sangat serius apabila sedang bekerja, tiada istilah kawan atau kenal.
Bagi saya sangat mencabar, kerana mereka berdua kenal saya ini jenis yang macam mana, boleh dibawa bergurau atau boleh dibantai.
Nak tak nak, saya dan pasangan saya memang kena ready dengan kritikan mereka setiap minggu. Tiada masalah pun untuk dikritik sebab saya pun sudah lama jadi artis.
Dalam masa sama, duo keenam itu berkata tiada masalah untuk dikritik kerana mereka sudah lali dengan kecaman netizen sepanjang bergelar anak seni.
Sepanjang tempoh dalam industri bermacam-macam kecaman dan pujian yang sudah diterima. Malah saya teruja untuk diadili oleh juri yang profesional.
Sementara itu, ketika disoal mengenai keterujaan untuk tampil pada minggu pertama, duo keenam itu akui teruja dan ingin menampilkan yang terbaik.
Minggu pertama kami betul-betul mahu all out. Kami akan serius dalam setiap persembahan kami.
Terdahulu, nama pengacara dan penyanyi Elly Mazlein serta suami antara yang disebut-sebut menjadi pasangan duo keenam.
Pasangan duo keenam bakal diumumkan pada konsert minggu pertama Famili Duo 3 yang bakal bersiaran secara langsung pada malam ini, pukul 9.00 malam di TV3.
Penonton boleh juga menyaksikan Famili Duo 3 secara strim di www.tonton.com.my.