berita

Masuk Islam, Bukan Masuk Melayu – Felixia Yeap Komen Isu Nama Baru

November 26th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2014-11-25 at 16.28.04

Semalam, kami terpandang luahan perasaan Felixia Yeap di laman Facebook yang sedikit kesal dengan sikap sesetengah manusia.

Menerusi post ringkas itu, Felixia nampaknya kurang selesa apabila ada yang beranggapan dia telah menggunakan ‘Abdullah’ bagi menggantikan nama keluarganya.

Ternyata Felixia tak senang dengan perkara tersebut. Lebih-lebih lagi apabila ada yang kerap bertanyakan nama Melayunya. Tapi setahu kami, nama baru Felixia iaitu Raisyyah Rania memang sedap.

Screen Shot 2014-11-25 at 12.44.44

Tambah mengecewakan model dan pelakon itu apabila soalan tersebut datangnya dari seorang ustaz. Disebabkan itu jugalah, Felixia bertindak mengeluarkan kenyataan sebegini : ‘Dear Ustaz… Kita masuk Islam, bukan masuk Melayu…’

Status di FB itu secara tak langsung telah mengundang pelbagai komen positif dan negatif baik kepada Felixia, mahupun Ustaz berkenaan.

FelixiaYeap.jpg

Apapun, kami harap perkongsian Felixia kali ini tidak menyebabkan perbalahan berlaku antara pengikutnya di laman sosial yang boleh menimbulkan sentimen perkauman. Jangan gaduh-gaduh, okay? Kita semua sama.

SKIP THIS AD ×