berita

Fenomena “Gangnam Style” Dikaitkan Dengan Gangguan Mental?

September 3rd, 2012 | by Ai
Kini Trending

Tahukah anda, fenomena “Gangnam Style” telah dikaitkan dengan penyakit gangguan mental dan juga histeria secara beramai-ramai berdasarkan peristiwa sejarah?

Kenyataan ini telah dikeluarkan sendiri oleh Pensyarah Psikologi di Jabatan Antropologi dan Sosiologi Universiti Malaya, Dr. Mohd. Awang Idris selepas melihat fenomena muzik video “Oppa Gangnam Style” yang telah mencetus kegilaan ramai peminat dan video parodi diseluruh dunia.

Menurut Mohd Awang, peristiwa fenomena tarian seperti ini pernah berlaku di beberapa buah negara di Eropah seperti di Jerman dan Perancis. Dalam fenomena yang berlaku di Perancis, seorang wanita telah menari dan kemudian diikuti oleh 400 orang yang lain sehinggalah ada yang mati kerana serangan jantung.

“Saintis pada ketika itu menggambarkan ia sebagai satu gangguan mental atau histeria secara beramai-ramai.” – Dr. Mohd. Awang Idris,  dipetik dari Kosmo Online.

Walaubagaimanapun, Mohd. Awang memberitahu fenomena yang melanda masyarakat sekarang tidak membimbangkan dan hanya bersifat sementara.

Untuk pengetahuan, semenjak muzik video “Oppa Gangnam Style” oleh Psy dimuat-naik pada 15 Julai yang lalu, video ini telah mencatat lebih 90 juta jumlah tontonan dari seluruh dunia.